Tujuh beradik hilang tempat bergantung


Ketujuh-tujuh beradik hilang tempat bergantung apabila Ayah mereka meninggal dunia siang tadi selepas 21 hari bertarung nyawa akibat kemalangan jalan raya.


Zuraidi bin Mohd Azhar 36 tahun, telah dikejarkan ke Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani setelah terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kereta di Jalan Sungai Tok Pawang, Sungai Lalang.


Ketika itu, Zuraidi dalam perjalanan untuk menziarahi sahabatnya yang telah meninggal dunia.


Arwah meninggalkan 7 orang anak yang berusia 4 hingga 15 tahun. Isteri Arwah pula tidak bekerja.


Jenazah telah selamat dikebumikan petang tadi di Kampung Gua Ginung, Tualang Pokok Sena Kedah.


Untuk sebarang bantuan boleh hubungi Nor Asikin Binti Zainul Abidin (isteri arwah) di talian 011 15645022.


Kredit: Info Semasa

Post a Comment

0 Comments