Anggota polis ditemui meninggal dunia di dalam tandas hentian R&R



NILAI: Seorang anggota polis ditemui meninggal dunia di hentian rehat dan rawat (R&R) lebuh raya di sini, petang semalam.


Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Abdul Malik Hasim berkata, pihaknya menerima panggilan telefon daripada orang awam mengenai kejadian itu pada jam 5.45 petang.



Menurut laporan, Pada 13/06/2024 jam lebih kurang 1745hrs semasa bertugas di DCC IPD Nilai, terima panggilan telefon daripada Unit 18 Peronda Lebuh Raya Kuala Lumpur-Seremban telah maklum 1 mayat lelaki India umur lingkungan 25 tahun telah tergantung di lokasi tandas Hentian Nilai arah Selatan. Gerakan telah maklum kepada anggota bertugas Kaunter Aduan Balai Nilai untuk makluman.


"Hasil siasatan mendapati mangsa bernama Hariharan a/l Suparamaniam dan sudah berkahwin dan bertugas di Cawangan Khas IPD Cheras Kuala Lumpur," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.


Abdul Malik berkata, Bahagian Forensik Jabatan Siasatan Jenayah Kontinjen Negeri Sembilan membantu melakukan siasatan di tempat kejadian dan mendapati tiada kesan kecederaan pada tubuh mangsa.


"Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut, mayat mangsa dihantar ke Bahagian Forensik Hospital Tuanku Jaafar Seremban untuk bedah siasat.





"Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta untuk menghubungi pihak polis dan dinasihatkan untuk tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan dijalankan," katanya.


Kredit: Berita Harian, Edisi Siasat



Post a Comment

0 Comments