Kuala Lumpur: Pelakon dan penerbit, Datin Anne Ngasri
gembira dengan kejayaan diraih anaknya, Abdul Warits Abdul Wafi dalam Sijil
Pelajaran Malaysia (SPM) 2023.
Anne atau Nasriah Ngasri, 40, berkongsi kegembiraan di Instagramnya dengan
menulis kata-kata ucapan yang bermakna kepada Warits serta semua pihak yang
membantu kejayaannya.
"Alhamdulillah
Syukur padaMu Ya Allah. Mama sangat bangga dengan result SPM Warits. Terima
kasih kepada semua yang ada saat perjalanan membesarkan Warits terutamanya Papa
Sumali, keluarga, guru-guru hebat serta sahabat-sahabat terutama teman-teman
Warits yang mendorong kejayaannya," tulisnya.
Pada masa sama, Anne turut melahirkan perasaan terharu
melihat kejayaan anak-anak lain dan berterima kasih atas doa semua pihak kepada
mereka.
Perkongsian ini mendapat tanda suka hampir 8,000 pengikut
Instagram Anne manakala rata-rata komen melahirkan perasaan syukur atas berita
baik ini dan mengucapkan tahniah kepada Warits.
Anne memiliki tiga anak hasil perkahwinan dengan bekas
suami, Abdul Wafi iaitu Abdul Warits, Abdul Wafri dan Nazharah Afroza.
Selepas bercerai pada 2010, dia kemudiannya bertemu jodoh
buat kali kedua dengan Datuk Sumali yang ketika itu duda anak satu. Mereka
berkahwin pada 22 Disember 2012.
Kredit:Metro
0 Comments