Dakwa Gua yang terletak di Tasikmalaya ini mampu tembus ke Mekah

Dakwa Gua yang terletak di Tasikmalaya ini mampu tembus ke Mekah



Gua Safarwadi terletak di Tasikmalaya Jawa Barat Indonesia, semalam tular sebuah video ramai orang telah membanjiri Gua itu kerana tersebarnya dakwaan bahawa gua itu sesiapa yang masuk boleh tembus ke Mekah.


Menerusi klip video yang dikongsi di laman sosial itu, terlihat sejumlah anak muda serta orang dewasa sedang membaca ayat suci al-quran selain melantun lafaz talbiyah, lafaz ini adalah lafaz seperti para jemaah haji melaungkan semasa musim haji.



Mereka berkata sesiapa memasuki gua itu akan terus dapat berihram, tawaf, sa'i, wukuf dan bermalam di Muzdalifah, serta melontar jamrah di Mina.


Pada hari biasa boleh dikatakan pengunjung mencecah 10,000 orang, manakala akan bertambah berkali ganda jika pada hari kebesaran umat Islam, pengunjung yang datang dari pelbagai daerah, Gua Safarwadi memiliki dua pintu iaitu pintu masuk dari Kampung Pamijahan dan pintu keluar di Kampung Panyalahan, dan panjang gua berkenan sekitar 284 meter dan lebar seluas 24.5 meter.


Netizen juga menganggap dakwaan terus ke Mekah itu adalah cerita dongeng dan para alim ulama mengingatkan masyarakat jangan mudah terpedaya dengan dakwaan yang pelik itu.


"Hanya orang gila mendakwa seperti itu, jika menunaikan haji sekalipun salah satu syarat sah adalah orang yang berakal, sinis salah seorang netizen di komen.


Dalam pada itu seorang lagi berkata, jika gua itu benar dapat menembusi ke Mekah, agen perniagaan haji dan umrah bakal bankrap. 

Post a Comment

0 Comments