Datuk dan nenek Zayn Rayyan dilepaskan pagi ini dengan jaminan polis

Datuk dan nenek Zayn Rayyan dilepaskan pagi ini dengan jaminan polis


Petaling Jaya: Menurut peguam mereka Fahmi Abd Mion, datuk dan nenek kepada kanak-kanak austime, Zayn Rayyan Abdul Matiin telah dibebaskan dengan jaminan polis. Mereka akan dibawa ke mahkamah Majistret pagi ini untuk proses bebas dengan jaminan polis.

 

Semalam, polis telah menahan  pasangan itu ditahan jam 2.30 petang. Menurutnya, penahanan mereka bagi membantu siasatan pembunuhan Zayn. Sementara itu difahamkan mereka ditahan anggota D9 Ibu Pejabat Polis Selangor.

 

Pada 7 Disember lalu, Zayn Rayyan ditemui meninggal dunia di anak sungai berhampiran kawasan Apartmen Idaman, Damansara Damai pada jam 10 malam.

 

Mayat ditemui oleh kumpulan penduduk yang menjalankan operasi mencarinya.

 

Mangsa sebelum ini dilaporkan hilang di kawasan kediamannya sebelum ditemui terbaring di sungai yang jaraknya kira-kira 200 meter dari blok kediamannya.

 

Polis mengesahkan mangsa dipercayai dibunuh susulan hasil bedah siasat menemukan kesan kecederaan pada leher dan tubuh kanak-kanak yang mempunyai kaitan akibat perbuatan jenayah.


Kredit: Utusan Malaysia

Post a Comment

0 Comments