PETALING JAYA – Polis menahan datuk dan nenek Zayn Rayyan Abdul Matiin ditahan hari ini bagi membantu siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autistik itu.
Menurut sumber, pasangan suami isteri tersebut ditahan selepas menghadiri prosiding merekod pengakuan ibu kanak-kanak itu di Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada pukul 2.30 petang tadi.
"Reman terhadap kedua-dua individu ini mungkin dibuat esok bagi membantu siasatan,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan memberitahu, pasangan tersebut ditahan di kawasan Subang Bestari.
“Ya. Datuk dan nenek (Zayn Rayyan) ditangkap pada pukul 2.30 petang hari ini di Subang Bestari,” katanya.
Tambah beliau, proses reman akan dibuat esok di Mahkamah Petaling Jaya.
Dalam pada itu, peguam bapa Zayn Rayyan, Fahmi Abd. Moin ketika dihubungi mengesahkan tangkapan itu, namun enggan mengulas lanjut.
Kredit: Kosmo
0 Comments