Demi keselamatan Arab Saudi pendekkan tempoh khutbah Jumaat

Demi keselamatan Arab Saudi pendekkan tempoh khutbah Jumaat


Arab Saudi: Bermula 21 Jun semalam, Kepimpinan Tertinggi Arab Saudi mengarahkan tempoh khutbah Jumaat dan solat di dua masjid suci (Masjidil Haram dan Masjid Nabawi) kepada 15 minit hingga habis musim panas.


Ia menjadikan tempoh azan pertama dan azan kedua 10 minit dengan melambatkan azan pertama, perkara itu diumumkan Presiden Hal Ehwal Agama Masjidil Haram dan Masjid Nabawi Sheikh Abdulrahman bin Abdulaziz Al-Sudais.


Sheikh Sudais turut perintah arahan diraja itu yang mengambil peduli tentang keselamatan, kesihatan dan keselesaan para jemaah, Raja Salman dan Putera Mahkota serta Perdana Menteri Mohamed bin Salman pada minggu lepas telah memberi arahan perkara itu.


Ini tanda keprihatinan pimpinan untuk memudahkan pelaksanaan ibadah Jumaat dengan lebih mudah serta mencegah kemudaratan jemaah haji.


Ia adalah prinsip asas Arab Saudi dalam memberi keutamaan terhadap keselamatan para tetamu Allah.


Jadi keputusan untuk memendekkan dua khutbah Jumaat di dua Masjid iaitu Masjidil Haram menjadi 15 minit berbanding 30 hingga 45 minit kerana mahu meringankan beban jemaah berikutan suhu meningkat buat masa ini.


Dengan keadaan sesak di Kota Suci Makkah dan Madinah  membuatkan para jemaah terdedah dengan panas terik matahari ketika suhu mencapai waktu kemuncak pada jam 11 pagi hingga 4 petang.


Tambahan para jemaah juga terdiri daripada pesakit dan warga emas, jadi mereka terlindung daripada tekanan haba dan keletihan.


Kerajaan Arab Saudi sentiasa berusaha menjaga tetamu Allah dengan menyediakan kemudahan, keselamatan dan jaminan kepada mereka dalam semua keadaan.


Jadi para jemaah dapat melakukan ibadah dengan tenang dan selesa tanpa mendatangkan bahaya dan kemudaratan.


Kesimpulannya memelihara diri adalah salah satu objektif mulia undang-undang Syariah dan prinsip kemanusiaan untuk memelihara nyawa dan jiwa manusia.

Post a Comment

0 Comments