Artikel A
Seorang ibu bernama Patricia Ripley di Miami dituduh melemaskan anak autismenya, dia menghadapi beberapa pertuduhan iaitu membunuh, penderaan kanak-kanak dengan mendatangkan kecederaan parah, cubaan membunuh dalam kes pembunuhan anak lelakinya Alejandro yang berusia 9 tahun pada Mei 2020.
Ibu itu mengaku membawa anak autistik (non-verbal) nya ke sebuah tasik dan menenggelamkannya pada 2020.
Patricia Ripley |
Ripley, 48, menghadapi kesemua pertuduhan di hadapan hakim Marisa Tinkler Mendez, Hakim Pentadbiran Bersekutu.
Polis berkata Ripley telah membawa anaknya ke sebuah tasik di belakang kompleks perumahan berhampiran 103rd Avenue dan Kendall Drive dan cuba meninggalkannya di dalam air untuk melemaskannya. Polis berkata rakaman video atau cctv mengesahkan Ripley menolak anaknya ke dalam air dan meninggalkannya di sana seorang diri.
Alejandro Ripley, 9 |
Pada masa itu, saksi memberitahu media bahawa mereka melihat seseorang berlari ke dalam tasik untuk menyelamatkan budak autisme tersebut selepas jiran penduduk di situ menjerit meminta tolong.
Hakim Mendez berkata perbicaraan akan disambung semula pada 2025.
Patricia mendengar perbicaraan pada Feburari 2024 |
Artikel B
LAS VEGAS - Seorang ibu didakwa membunuh anak lelaki autistiknya yang berusia 7 tahun dan telah bersetuju untuk mengaku bersalah dan menjalani hukuman penjara minimum 28 tahun.
Samantha Moreno-Rodriguez, 36, mengaku bersalah atas tuduhan membunuh dan penderaan kanak-kanak, pengabaian atau bahaya yang mengakibatkan kecederaan teruk pada badan, sumber mahkamah yang difailkan pada 1 September 2021.
Moreno Rodriguez |
Sebagai sebahagian daripada perjanjian pengakuan itu, Moreno-Rodriguez akan menjalani hukuman penjara 28 tahun seumur hidup, kata hakim. Dia akan layak mendapat parol selepas dipenjara 20 tahun. Pejalan kaki menemui mayat Liam Husted berhampiran Mountain Springs di luar Laluan Negeri 160 antara Las Vegas dan Pahrump pada 28 Mei 2021.
Liam Husted, 7 bersama ayahnya San Jose |
Pendakwa raya negeri berkata Moreno-Rodriguez mengaku membunuh dengan mencekik anak lelaki autismenya dan membiarkannya dalam keadaan telanjang. Polis menahan Moreno Rodriguez di Denver hampir dua minggu kemudian.
Apabila polis menahannya, dia sedang bersarapan dengan seorang lelaki, kata penyiasat kepada I-Team.
Kurang dua minggu sebelum itu, Moreno Rodriguez dan anaknya telah mendaftar masuk ke sebuah hotel di Las Vegas. Sehari kemudian, Liam ditemui mati. Menggunakan pangkalan data daripada pembaca plat kereta, polis menjejaki kereta wanita itu dari utara California ke selatan Nevada.
Kereta itu kemudian dikesan ke Colorado pada 29 Mei. Penyiasat percaya Moreno Rodriguez membunuh Liam pada awal pagi pada 28 Mei, dalam keadaan berbogel dan menyeret mayat anaknya di sebalik semak.
Pakaiannya tidak pernah ditemui. Penyiasat berkata Moreno-Rodriguez ingin meninggalkan San Jose bersama anaknya untuk memulakan hidup baharu.
Liam Husted,7 dengan ibunya Samantha Moreno Rodriguez |
0 Comments