PELAKON dan pengarah Ellie Suriaty
diminta tidak lagi mencampuri urusan bekas suaminya iaitu aktor Azri Iskandar
terutamanya dalam soal percintaan.
Bekas kekasih Azri iaitu Datuk
Noora kay berkata, sebagai lelaki aktor berkenaan perlu berdikari dalam
menguruskan kehidupan dan mampu membuat keputusan sendiri tanpa bantuan orang
lain.
"Saya rasa lebih baik dia
(Ellie) move on sahaja walaupun ada perjanjian dengan arwah nenek Azri selain
masih baik dengan keluarga mentua.
"Jangan terlalu banyak campur urusan Azri
dengan pasangannya. Biarlah Azri berdikari dan pandai buat keputusan
sendiri," katanya.
Dalam pada itu, Noora meminta maaf
kepada Elly kerana memintanya menjadi penyambut tetamu pada majlis
pernikahannya dengan Azri.
Kata Noora, dia juga ada meminta
ibunya menjadi penyambut tetamu kerana menganggap mereka berdua lebih mengenali
jemputan.
"Kalau saya salah guna ayat
ketika minta dia menjadi penyambut tetamu, saya minta maaf.
"Tetapi saya ada juga minta
ibu saya untuk mengambil tugas itu. Saya tak tahu pula ia satu perkara yang
salah," ujarnya.
Sementara itu, Noora lega dengan
keputusannya berpisah dengan Azri namun tidak mahu memutuskan ikatan
silaturrahim bersama aktor berkenaan dan juga Ellie.
Pun begitu, Noora berkata, Ellie
ada menghantar mesej kepadanya memberitahu tidak mahu lagi berkawan kerana
hubungannya dengan Azri sudah berakhir.
"Saya rasa lega apabila sudah
memutuskan hubungan ini (dengan Azri). Apa saya harapkan, tidak mahulah sampai
kami bergaduh kerana sebagai seorang Muslim kita perlu menjaga silaturrahim.
"Tapi Ellie ada mesej saya
beritahu tidak mahu lagi berkawan sebab saya dan Azri sudah putus.
"Saya ada juga pujuk dia sebab
kami berkawan kerana Allah tapi Ellie tak boleh terima. Jadi saya tak
kisah," katanya.
Pada April lalu, kisah Azri dan
Noora menjadi perhatian apabila foto mereka makan bersama tular di media sosial
yang turut disertai Ellie.
Malah rakan baik Noora iaitu
penerbit Datuk Ayu Puteh juga seakan-akan memberi bayangan Azri bakal
menamatkan zaman duda dengan sahabatnya itu.
Bagaimanapun pada Selasa lalu,
Noora memberitahu mStar hubungannya dengan Azri telah berakhir disebabkan tiada
keserasian untuk hidup sebagai suami isteri.
Isu menjadi semakin hangat apabila
Ellie memberitahu punca pasangan itu tidak jadi kahwin kerana Noora tidak
bersetuju tarikh pernikahannya dengan Azri ditunda.
Ellie turut berasa kesal apabila
Noora memberi alasan tiada keserasian dalam hubungannya.
Tambah Ellie, dia tidak bersetuju
dengan beberapa perkara ketika perbincangan berkaitan perkahwinan Azri dan
Noora dilakukan yang dianggap sebagai berat sebelah selain perlu mengikut
telunjuk usahawan tersebut.
Kredit: MStar
0 Comments