Guru didakwa hisap kemaluan pelajar di sebuah hotel bajet

Guru didakwa hisap kemaluan pelajar di sebuah hotel bajet

 

Seorang guru lelaki berusia 42 tahun yang didakwa menghisap kemaluan seorang pelajar lelakinya, 16 tahun ketika sedang tidur Februari lalu direman selama seminggu di Kompleks Mahkamah Melaka, Ayer Keroh di sini hari ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.


MELAKA – Seorang guru lelaki yang didakwa menghisap kemaluan pelajarnya ketika sedang tidur Februari lalu, direman di Kompleks Mahkamah Melaka, Ayer Keroh di sini hari ini.


Perintah reman selama tujuh hari sehingga 14 Jun ini terhadap lelaki berusia 42 tahun itu dikeluarkan Majistret Khairunnisak Hassni.


Ia bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (AKSTK) 2017.


Terdahulu, guru muzik di sebuah sekolah menengah harian di Selangor itu tiba di pekarangan kompleks mahkamah pada pukul 9.53 pagi dengan memakai pakaian lokap berwarna jingga.


Sementara itu menurut sumber, perbuatan jijik guru berkenaan terhadap pelajar lelakinya berusia 16 tahun berlaku di sebuah hotel bajet di Batu Berendam di sini sekitar pertengahan Februari lalu ketika mereka menghadiri persembahan muzik.


“Pengadu iaitu pelajar lelaki berkenaan datang ke Melaka untuk membuat persembahan Gamelan bersama tiga lagi rakannya sebelum mereka bermalam di sebuah hotel bajet di Batu Berendam.


“Bagaimanapun sekitar 11.50 malam, semasa mangsa sedang tidur bersama tiga lagi rakannya di bilik, suspek didakwa telah masuk ke bilik mereka dan membuka seluar pengadu sebelum menghisap kemaluannya.


“Pengadu dikatakan tidak sedar namun perbuatan jijik itu sempat dilihat rakan mangsa yang menceritakan kejadian itu kepadanya pada keesokan harinya,” katanya.


Tambahnya, pada waktu itu pengadu tidak menceritakan kejadian kepada sesiapa kerana berasa takut dan malu.


“Namun lama-kelamaan mangsa anak bongsu daripada tiga beradik berasa tidak selesa dan memberanikan diri mendedahkan perkara tersebut kepada bapanya, 31 Mei lalu.


“Mangsa kemudian membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak pada hari sama,” katanya. 


– MalaysiaGazette


Post a Comment

0 Comments