PETALING JAYA – Pelakon dan pengarah Ellie Suriaty menafikan
hubungan bekas suami, Azri Iskandar dengan Datuk Noora Kay berakhir dengan
perpisahan kerana tiada keserasian.
Ellie atau nama lengkapnya, Ellie Suriaty Omar, 54, berkata,
persiapan perkahwinan telah dibuat, namun pihaknya meminta untuk menangguh
tarikh majlis disebabkan kesibukan jadual penggambaran Azri.
“Mewakili pihak lelaki kami minta tangguh kerana tidak mahu
buat majlis dalam keadaan tergesa-gesa.
“Keluarga juga menasihatkan agar majlis perkahwinan dibuat
dalam keadaan tenang dan tidak terburu-buru kerana menganggap perkahwinan itu
satu detik yang sangat bermakna.
“Pada saya Datuk Noora Kay tidak sabar dan mahu semua
perbincangan ikut kehendak dia termasuk dalam semua perbincangan. Pada saya itu
bukan orang matang dalam perbincangan,” katanya.
Pelakon filem Memoir Seorang Guru itu turut mengatakan
keputusan untuk mengakhiri hubungan dengan Azri juga dibuat oleh Noora, 48,
sendiri.
Hanya kerana berpangkat Datuk, semua kena ikut telunjuk. Jangan cakap tidak serasi, tapi kata tiada jodoh, katanya.
Dalam pada itu, Ellie turut meminta netizen tidak mengaitkan
dirinya dan meminta untuk berbaik semula dengan Azri.
Katanya, perkara tersebut mustahil kerana sudah menganggap
Azri sebagai saudaranya sendiri.
“Pada saya netizen suka begitu. Kami berpisah dalam keadaan
baik dan saya sendiri sudah anggap Azri seperti saudara sendiri.
“Kami sudah menjalani kehidupan berumah tangga selama 19
tahun, jadi tolong beri kami ruang.
“Tidak semestinya perceraian itu membuatkan kita perlu
bermusuhan dan bergaduh,” katanya.
Sebelum ini, Noora mengatakan hubungannya dengan Azri tidak
kesampaian apabila percintaan mereka berakhir sekitar penghujung Mei lalu.
Noora mengatakan punca perpisahan itu disebabkan dia dan
Azri tidak mempunyai keserasian sebaai pasangan hidup untuk bergelar suami
isteri.
Untuk rekod, Azri dan Ellie bercerai talak satu pada 17 Mei
2022 selepas 19 tahun hidup bersama.
Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan dua orang
cahaya mata iaitu Azrell Omar, 19, dan Nur Azreen, 15 tahun.
Noora merupakan seorang ahli perniagaan dan berstatus ibu
tunggal dengan dua cahaya mata.
Kredit: Kosmo
0 Comments