Chef selebriti, Datuk Redzuawan Ismail atau lebih mesra disapa Chef Wan memberi pandangan tentang faktor yang menyebabkan makanan tercemar susulan isu remaja dan kanak-kanak meninggal dunia disyaki keracunan makanan.
Menerusi perkongsian di TikTok, Chef Wan berkata, masih ramai peniaga yang tidak tahu tentang kebersihan dalam pengendalian makanan.
Menurutnya, penting untuk memastikan makanan berada dalam suhu yang sesuai sebelum disimpan.
VIDEO:
@nona.my Isu keracunan makanan di sebuah sekolah di Gombak baru-baru ini yang telah meragut 2 nyawa nyata mengejutkan semua pihak. Oleh itu, berkesempatan memenui chef selebriti popular Datuk Redzuawan Ismail atau lebih dikenali sebagai Chef Wan kami bertanyakan pendapat dan saranannnya. Semoga bermanfaat bagi para wanita di luar sama yang ingin terjun dalam bidang keusahawan dan penyediaan makanan.
♬ original sound - NONA
Kebanyakan orang Melayu kita yang berniaga ni mereka tiada idea tentang sanitasi dan kebersihan. Mereka tak tahu suhu yang perlu digunakan. Kadang-kadang bahan sampai mereka basuh-basuh dan tinggal. Ayam, ikan ke udang ke di luar, ataupun dah goreng-goreng benda tu cuaca pula panas.
Anda kena faham bila cuaca kita ni cuaca tropika panas, banyak bakteria senang membiak. Sebab itu, kalau anda tak sejukkan dengan cepat dan simpan dalam peti ais atau ada orang yang boleh menguruskan kemungkinannya kalau makanan tu katakan panas bila bertutup kena dengan wap adalah suhu yang sempurna untuk bakteria membiak sebab itu mudah basi.
Masalah tentang katering di negara ini adalah pengendalian makanan sebab mereka tak tahu bagaimana untuk kendali makanan. Macam kita dekat restoran nak masak-masak kena sejukkan di suhu yang betul baru masuk dalam peti ais. Sebab kita tahu kalau tak buat benda itu semua bakteria akan membiak.
Selain itu, Chef Wan berpendapat kemungkinan makanan tercemar disebabkan keadaan peti ais yang kotor serta terlalu padat dengan bahan-bahan sehingga mengurangkan suhu peti ais tersebut.
Kadang-kadang pula orang kita buat benda macam tu tapi peti ais pula tak cukup sejuk, kotor tak bersih, tercemar, dan paling teruk bila makanan dah tercemar. Perkara ini selalu terjadi pada setiap masa sebab makanan tercemar bukan datang daripada peti ais kotor saja tapi atas letak daging darah meleleh pun ada masuk. Bila buka peti ais bau macam bangkai sebab tak cukup sejuk.
Kadang-kadang mereka ni kedekut untuk ada peti ais yang sesuai ada satu dua je tapi nak berniaga macam-macam, ambil pesanan katering banyak-banyak lepas tu tak ada tempat sumbat-sumbat akan menyebabkan tiada peredaran udara. Bila tiada peredaran udara, suhu peti ais jadi tak sejuk.
Pencemaran lain daripada segi orang yang bekerja. Mereka tak pakai sarung tangun, keluar jamban masuk jamban cuci basuh tangan tak pakai sabun. Kadang-kadang basuh kuali tak bersih, berkerak, periuk-periuk tak cukup bersih lepas itu kuman semalam ada lagi masuk bakteria membiak.
Perlu ambil kursus sanitasi dan kebersihan
Dalam pada itu, Chef Wan menyarankan peniaga-peniaga di kantin sekolah atau katering perlu mengambil kursus pengendalian makanan sebelum berniaga.
Orang kena faham kuman ni tak boleh nampak sebab itu orang yang meniaga sekolah atau katering ni mereka perlu ada sijil. Saya rasa pihak sekolah perlu hantar mereka pergi kursus sanitasi dan kebersihan dan selepas ada sijil baru benarkan mereka buat katering.
Sumber: TikTok
0 Comments