Isu peserta korban tak halalkan bahagiannya: Madad tampil jelaskan salah faham, siap bagi dua telinga lembu dan semua bulu

Isu peserta korban tak halalkan bahagiannya: Madad tampil jelaskan salah faham, siap bagi dua telinga lembu dan semua bulu


Semalam viral satu kisah yang mana seorang makcik tidak berasa puas hati dengan sistem pembahagian daging korban di kawasannya. 


Madad atau Murtadha Dakwah Centre bertanggungjawab menguruskan program ibadah qurban itu, sebanyak 701 bahagian bersamaan lebih kurang 125 ekor lembu dan kambing berjaya disembelih pada musim raya haji kali ini.


Cerita mulanya, makcik ini masuk empat (4) empat bahagian, memang dah akad dari awal bahagian mana yang makcik ini akan ambil dan team dah susun bahagian bakinya serah pada yang memerlukan.


Tengok dalam urusan yang sibuk tu, makcik ni datang tulis nak semua bahagian lembu dalam (4) empat bahagian yang dia masuk, dia tulis nak kaki, perut, hati, paru, akan tetapi makcik ini tidak dapat seperti yang diminta.


Dengan perasaan tidak puas hati, makcik ini telah memuat naik status di laman facebook di kumpulan Penduduk Sungai Petani (PSP) dengan berkata 


"Assalamualaikum, saya dan ahli keluarga rasa amat bengang+sakit hati berkaitan ambik daging korban dari Murtadha Dakwah Centre (Madad) yang terletak di Sungai Jagung SP, bkn pa disebabkan cara pemberian dan procedure tak betoi langsung, bkn saya sembang bohong apa saya kata ni, sbb bnda ni jd kt keluarga saya, mcm ni ka nk buat korban? Akai mna? Xkn xbleh pikiaq yg mana bleh yg mna HARAM!, yg syoknya siap dapat kulit lagi dgn daging berbau busuk pada hari hang ketiga...Allahuakbar"







Lalu Founder Madad sendiri iaitu Ustaz Mohamad Yaakub Yusra tampil menjelaskan salah faham tersebut.


"Kami takdak masalah lansung malah lebih suka kalau peserta ambil sepenuhnya bahagian mereka sbb akan mengurankan penugasan kami. cuma isunya adalah peserta tersebut hanya ada 4 bahagian dari 7, jadi tak bolehlah nk bg apa yg dimintanya sampai semua. malah mmg dah akad dr awal bahagian mana yg beliau akan ambil dan team dah susun bahagian bakinya serah pd yg memerlukan. 


"jd disinilah mngkin salah faham berlaku, pd saya makcik ni takdak la salah sepenuhnya mngkin kurang dr pihak kami jgk tak berjaya fahamkan beliau. 


"alhamdulillah Saya dan peserta tu dari awal dah selesaikan cara baik, pd saya lebih pd salah faham. sedikit penjelasan dr apa yg berlaku. 


"Pertamanya bila dimaklumkan mesej peserta ni agak keterlaluan, ianya dibuat pd staff yg uruskan bahagian  pendaftaran dan edaran. 


"jadi saya terus mesej personal utk mohon maaf dan bg penjelasan, saya anggap ianya dh selesai jd tak up apa2 dah. tapi saya tak tahu tengok2 ada seorang hamba Allah up posting di Group Penduduk Sungai Petani katakan kami edarkan kulit dan daging busuk. 


"dari 125 lembu dan kambing yg dikorbankan sudah pasti akan ada kekurangannya jd saya takdak la nak marah atau emosi. malah saya berhubung secara personal utk dptkan maklumat. sekali lg mohon maaf cuma bila sy tanya team depa kata kulit hanya ada 1 kes yg kita bg pd peserta yg tak halalkan tu. 


"dari 701 bahagian tu alhamdulillah takdak yg complain daging busuk melainkan hanya peserta tu sahaja. 


"mmg jadi acara tahunan sblm korban kita akan buat daurah bab korban, 2 hari sblm korban kita jemput ahli majlis fatwa Dr Akli. harap2 lepas ni semua peserta dan org awam dtglah belajar utk penambahan ilmu: 


"saya berharap kes yg berlaku ni jadi pengajaran untuk kita semua jgk di masa hadapan. apa2 pn berhentilah dari menghina makcik tersebut ya, mngkin ibadah beliau lebih diterima Allah berbanding kita. 


"saya mendoakan agar Allah merahmati kita semua untuk sentiasa menambah ilmu dan keberkatan utk kita semua.



Diharap perkara sebegini jadikan sebagai pengajaran buat semua umat Islam, mudahan pengertian pengorbanan dalam ibadah korban itu dihayati bukan mengikut emosi, lagipun sejak awal kita sedia maklum pengurusan sudah buat akad untuk beri bahagian korban untuk penama, dan selebihnya pada penduduk Islam, jika penama sampai hendak semua bahagian seperti kaki, hati, perut, paru memang tak duga lah permintaan seperti itu.
Facebook: Ustaz Mohamad Yaakub Yusra

Post a Comment

0 Comments