Pelakon Ben Amir akui sibuk dengan jadual kerjanya sebagai
anak seni sehingga tidak mempunyai masa untuk memikirkan soal jodoh.
Ben nak cari pasangan suka mengembara
Ketika ditemui di majlis pelancaran drama bersiri Viu
yang berjudul Bawah Payung Awan pada Khamis, Ben atau nama lengkapnya Muhammad
Amir Sabaruddin berkata, meskipun begitu dia berharap agar bakal peneman
hidupnya itu juga suka melancong seperti dirinya.
Setiap orang ada pilihan masing-masing dan sebagai seorang
yang suka mengembara, sudah tentu saya mahu pasangan berkongsi minat sama.
Minat travel tu antara salah satu ciri yang mesti kena ada lah.
Kalau dia tak minat, terpaksa lah Ben tinggal dia kalau
pergi melancong.
Ujar pelakon berusia 34 tahun itu lagi, dia kini sedang
sibuk membuat persiapan dan persediaan diri untuk mendaki Everest Base Camp
pada bulan hadapan bersama tiga orang rakannya.
Nak pergi ke situ memerlukan stamina yang tinggi sebab nak
mendaki sahaja pun lebih kurang 12 hari dan kalau turun naik sampai 17 hari.
Nanti saya akan buat vlog dan cerita pengalaman serta
perjalanan proses pendakian berlangsung. Mungkin itu boleh dijadikan rujukan
buat mereka yang berminat.
Dalam perkembangan lain, Ben bersama beberapa barisan
pelakon terkenal iaitu Nabila Razali, Nelissa Nizam, Amyza Aznan, Muaz Zabir,
Watie Sadali, Riz Amin, Lan Siro dan ramai lagi menemui penonton dalam drama
rantaian, Bawah Payung Awan.
Kredit: OhBulan
0 Comments