Kenali Erysha Emyra anak dara jelita Noniswara

 





Siapa Erysha Emyra? Pendatang baru dunia lakonan, anak kepada pelakon veteran Noniswara telah disebut-sebut ketika ini. Watak Aminah dalam drama Aku Bukan Ustazah telah melonjakkan nama Erysha Emyra di Malaysia dan Indonesia.

 

Biodata Dan Latar Belakang

Nama penuh: Nur Erysha Emyra Zakaria

Nama komersial: Erysha Emyra

Umur: 23 tahun (2022)

Tarikh lahir: 1 Disember 1999

Asal: Kuala Lumpur

Keluarga: Anak kedua daripada tiga orang adik beradik

Pendidikan: Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Aminudin Baki

Kerjaya: Pelakon, model sambilan

Instagram (IG): @eryshaemyra

 

Fakta Menarik

1. Anak kepada dramatis terkenal kelahiran Pasir Mas, Kelantan, Datin Sri Noniswara Baharudin (Noniswara).

 

2. Pernah viral kerana mencapai keputusan cemerlang, 9A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), iaitu bagi subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Pendidikan Islam, Sejarah, Matematik Tambahan, Prinsip Perakaunan dan Ekonomi.

 

3. Selain Erysha, Noniswara juga mempunyai dua lagi anak hasil perkahwinan pertamanya bersama Zakaria Rahman, iaitu Naveer Mihshon Zakaria dan Nazeer Danish.

 

4. Suami kedua Noniswara ialah Datuk Rosman Ridzwan, manakala perkahwinan ketiganya bersama ahli perniagaan, Dato’ Sri Dr Sheikh yang merupakan mertua kepada MK K- Clique.

 

5. Menurut Nonis, Erysha adalah seorang anak yang amat menitikberatkan soal penampilan dan kebersihan, selain bersifat cerewet dan tegas dalam memperjuangkan pendiriannya.

 

6. Erysha menyambung pengajian di pusat pengajian tinggi dengan mengambil jurusan perakaunan.

 

7. Akan datang, beliau bakal membuat kemunculan di kaca TV3 menerusi drama bersiri Perempuan Itu, lakonan bersama Zul Ariffin, Mimi Lana dan Siti Hariesa.

 


Pencapaian Erysha Emyra

Lakonannya dalam drama Aku Bukan Ustazah sebagai Aminah telah mendapat perhatian semua lapisan masyarakat Malaysia dan Indonesia tanpa mengenal kaum.

 

Baru-baru ini, satu rakaman rakaman video yang dikongsikan oleh seorang pengguna platform media sosial TikTok dikenali sebagai Anak Perempuan Muniandy.


@lalamun90 Lepas majlis kito layan drama.Tak kira ape bangsa yer. Melayan jugak drama aku bukan ustazah nie.gigih subscribe tonton bole tgk awal. #akubukanustazah #tonton @erysha emyra @MK K-CLIQUE ♬ Suci Di Mana Kini Kau Berada - Rasyid

 

Rakaman berdurasi 11 saat itu memaparkan seisi keluarganya yang kelihatan begitu khusyuk ketika menonton drama lakonan Erysha Emyra dan MK K-Clique tersebut.

 

Aku Bukan Ustazah adalah drama adaptasi novel (Lyna Masud), arahan Idora Abdul yang dibintangi oleh Erysha Emyra, MK K-Clique, Zahiril Adzim, Shaza Bae dan ramai lagi.


Kredit: Iluminasi, ecentral

Post a Comment

0 Comments