Tular lelaki "COD" sihir ke rumah Wawa dan Aeril - Netizen dakwa jiran setaman beri "access card"


Kuala Lumpur: Seorang lelaki tidak dikenali bertindak memecah masuk di kawasan kediaman pasangan selebriti Aeril Zafrel dan Wawa Zainal di Bangi, Selangor baru-baru ini.

 

Lelaki terbabit didakwa mempunyai niat tidak baik serta dipercayai menghantar 'barang' sihir di rumah pasangan itu.

 

Menurut Wawa, satu laporan polis sudah dibuat dua hari lalu selepas mereka menjumpai batang pinang serta kulit limau yang dibakar dua minggu lalu.

 

"Pada mulanya saya ingatkan lelaki itu mahu merompak tapi dua hari selepas kejadian itu kami jumpa barang pelik yang diletakkan dalam kawasan rumah.

 

"Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di rumah saya juga tidak dapat mengesan nombor pendaftaran kenderaan yang digunakan individu itu.

 

"Malah jiran saya yang sempat merakam kehadiran lelaki itu pun tak dapat mengesannya. Mereka sangat cuak dan berada dalam ketakutan apabila individu tidak dikenali memecah masuk rumah saya," katanya.

 

Menurut Wawa, dia yang kini sibuk mempromosikan filem Abnormal Buas tidak menyangka apabila masih wujud individu yang bertindak di luar batasan dan tergamak melakukan hal sedemikian.

 

"Ini bukan kali pertama saya menemui barang pelik di rumah dan pejabat, tapi tak sangka kejadian ini berlaku lagi.

 

"Saya ingatkan filem Abnormal Buas sudah cukup menyeramkan, tapi tindakan individu ini yang berani memanjat rumah saya lebih menakutkan kami sekeluarga.

 

"Harapnya tiada apa-apa yang berlaku kepada keluarga saya. Moga kita semua dijauhi sihir dan perkara yang boleh memporak-perandakan rumah tangga," katanya.

 

Terdahulu Aeril berkongsi wajah individu tidak dikenali memasuki rumahnya dan berada dalam keadaan yang mencurigakan.

 

Pada hantaran sama, Aeril turut berkongsi foto barang yang dipercayai sihir diletakkan di rumahnya berupa kulit limau dan batang pinang yang dibakar.


Netizen turut mendakwa lelaki tersebut mungkin merupakan jiran yang tinggal dikawasan perumahan tersebut kerana memiliki access card ketika keluar melalui pondok pengawal.





Kredit: Harian Metro 

Post a Comment

0 Comments