Majlis akikah anak angkat Datin Alyah dan Dato Ramli MS meriah

 


Umum mengetahui yang Datin Alyah merupakan isteri kepada pengarah pemuzik terkenal tanah air iaitu Dato’ Ramli MS. Namun pasangan ini kurang berkongsi kehidupan rumahtangga mereka dan lebih banyak berkongsi mengenai kerjaya masing-masing di media sosial.


Terbaru, meninjau di akaun Instagram Datin Alyah, telah dikongsikan video yang memaparkan Datin Alyah memperkenalkan cahaya mata barunya. Tulis Datin Alyah memberitahu yang si kecil tersebut diberikan nama sebagai Nur Izzara. 


Izarra diraikan dalam Majlis akikah serba sederhana yang dihadiri keluarga dekat daripada kedua pihak di rumah abang ipar Datin Alyah di Kampung Olak Batu Parit Raja, Batu Pahat.




Datin Alyah mengatakan kehadiran Izzara langsung tidak pernah terfikir baginya dan Dato’ Ramli. Namun mereka memanjatkan rasa syukur dengan kehadiran si kecil ini dalam kehidupan rumah tangganya. 


Perkongsian oleh Datin Alyah telah menarik perhatian para peminatnya. Ramai yang turut tumpang gembira dengan pengumuman daripada Datin Alyah itu. Sehingga kini, posting terbaru Datin Alyah menerima puluhan ribu sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram. Netizen juga turut mendoakan kebahagian keluarga kecil ini.



Sekitar majlis akikah Izzara:







Jelas kelihatan kebahagiaan pada wajah pasangan ini setelah menerima kehadiran Nur Izzara dalam hidup mereka. Apa-apa pun, kami dari Berita Kopak turut mengucapkan tahniah kepada Datin Alyah dan Dato’ Ramli. Semoga Nur Izzara terus membesar dengan sihat serta menjadi anak yang solehah.


Kredit: Alyah81, Berita Kopak

Post a Comment

0 Comments