Mbappe patah hidung pada Euro 2024

Mbappe patah hidung pada Euro 2024


DUESSELDORF, Jerman: Kapten Perancis, Kylian Mbappe dilaporkan patah hidung ketika pasukannya meraih kemenangan 1-0 ke atas Austria di Euro 2024.

 

Menurut sumber, kepala Mbappe terkena bahu pertahanan Austria, Kevin Danso ketika sedang merebut bola dan menyebabkan hidung penyerang itu mengalami kecederaan.

 

Bintang Real Madrid itu meninggalkan padang pada minit ke-90 dengan hidung berdarah.

 

Perlawanan diteruskan selepas insiden pertembungan tidak sengaja itu dengan Mbappe terduduk di kubu lawan sebelum penjaga gol Austria, Patrick Pentz memberi isyarat kepada pengadil yang pemain berkenaan memerlukan perhatian.

 

Mbappe kemudian diberikan rawatan oleh pasukan perubatan Perancis dengan jersi putih dipakainya berlumuran darah.

 

Dia kembali memasuki padang dan segera duduk pada ketika pengadil melayangkan kad kuning kepadanya kerana memasuki perlawanan tanpa menerima kebenaran.

 


Mbappe kemudian digantikan dengan penyerang veteran Olivier Giroud.

 

"Keadaan hidungnya tidak begitu baik... apa yang jelas ia adalah satu titik buruk dalam perlawanan ini. Ia sangat membimbangkan kami," kata jurulatih Perancis, Didier Deschamps selepas tamat perlawanan.

 

Selepas ini, Perancis meneruskan kempen Euro mereka dengan bertemu pendahulu Kumpulan D, Belanda pada Sabtu ini. – AFP


Kredit: Berita Harian


Post a Comment

0 Comments