Parut luka Mickey meruntun jiwa siapa yang melihatnya

Parut luka Mickey meruntun jiwa siapa yang melihatnya



Shah Alam: Tidak dapat diungkap dengan kata-kata sebaik melihat kelibat tonggak Harimau Malaya, Faisal Halim sebaik tampil pada sidang media khas sebentar tadi.

 

Hal ini kerana keadaan luka di tangan dan parut di muka pemain berusia 26 tahun itu menceritakan seribu satu kesengsaraan dialami Faisal selama sebulan sejak insiden simbahan asid awal Mei lalu.

 

Situasi terbabit sekaligus memberi gambaran bahawa Faisal perlu berehat lebih lama lagi sehingga dia dibenarkan turun ke padang untuk menjalani latihan kelak.

 

Malah, pada sidang media khas yang berlangsung ketika ini menyaksikan pemain itu mengalami kesukaran untuk bergerak termasuklah ingin memakai kaca mata.

 

"Jika boleh saya tidak mahu cakap lagi mengenai perkara itu (insiden simbahan asid). Pada ketika itu, saya ingat hanyalah kecederaan biasa namun bila lama kelamaan ada rasa sakit.

 

"Saya harap pelaku dapat ditangkap secepat mungkin dan didakwa di mahkamah," kata Faisal dalam sidang media khas sebentar tadi.

 

Sebelum ini, Faisal menjadi mangsa simbahan asid oleh individu tidak dikenali bulan lalu menyebabkan dia mengalami kelecuran tahap empat.

 

Dia berada dalam keadaan kritikal selepas insiden itu dan terpaksa mengharungi empat pembedahan untuk merawat luka lecuran di sebuah hospital swasta di Shah Alam.

 

Kecederaan yang dialami Faisal yang juga tonggak Harimau Malaya menyebabkan dia terpaksa menjalani empat pembedahan sebelum dibenarkan keluar hospital.


Kredit: Harian Metro

Post a Comment

0 Comments