ISU rasuah dalam kalangan penjawat awam di negara ini
dilihat semakin membimbangkan.
Malah lebih parah, ia turut melibatkan institusi agama dan
masjid yang menjadi sandaran umat Islam seluruhnya, secara tidak langsung juga
mencalarkan imej golongan berkenaan.
Terbaharu melibatkan kes penahanan reman tiga individu
termasuk pegawai kanan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs) dan imam
sebuah masjid di Kangar bagi membantu siasatan berhubung penerimaan suapan semasa pengurusan pendaftaran pernikahan di Perlis sejak April
2022 sehingga Jun 2023.
Suspek berusia 25, 45 dan 53 tahun. Dalangnya merupakan suspek 45 tahun. Dia dipercayai bekerjasama dengan imam masjid dan anaknya
yang bertindak sebagai perunding dalam menguruskan urusan pernikahan di negeri
paling Utara tanah air. Hasil suapan bernilai
Bagi setiap permohonan nikah terutama untuk pasangan yang
bernikah di Thailand dan mahu mendaftarkannya semula di negara ini, mereka akan
berhubung dengan syarikat yang menguruskan pernikahan milik anak imam masjid
itu.
Perbuatan tersebut juga tidak mengikut prosedur ditetapkan,
malah tidak melalui Mahkamah Syariah.
Apabila perkara ini berlaku, timbul tanda tanya adakah gaji
golongan penjawat awam masih kecil sehingga ada yang sanggup melakukan
perbuatan rasuah.
Adakah beban kewangan dan kos sara hidup yang mendorong
mereka untuk mengambil rasuah dan sebagainya.
Namun lebih penting untuk mengingatkan, pernikahan pasangan
tempatan di Thailand tidak diiktiraf undang-undang sekiranya tidak didaftarkan
dengan jabatan agama di negara ini walaupun pernikahan itu sah di sisi Islam.
Kredit: Sinar, Metro
0 Comments