"Saya belajar, saya juga bekerja sebagai pelayan restoran dan mendedahkan saya kepada realiti kehidupan" - Leona

"Saya belajar, saya juga bekerja sebagai pelayan restoran dan mendedahkan saya kepada realiti kehidupan" - Leona


Anak kepada pelakon Malaysia Azhar Sulaiman iaitu Kasih Iris Leona merupakan  seorang pempengaruh dan content creator di media sosial. Namanya meningkat naik dan selalu menjadi perhatian anak muda.


Dalam satu temu bual bertajuk Apa Cerita?  Podcast, Leona atau nama sebenarnya Kasih Iris Leona menitip pesan kepada semua anak muda di luar sana untuk mementingkan pelajaran. 


Menurutnya, "ada sijil pelajaran bukanlah menunjukkan kita adalah seorang yang lebih baik daripada orang lain tapi ia mampu membentuk daya fikiran untuk berfikir secara kritikal untuk menyelesaikan masalah kehidupan


Walaupun menjadi pempengaruh atau content creator menghasilkan pendapatan yang besar, itu bukanlah tujuan utama kerana ia boleh dilakukan sebagai hobi


Di samping itu pengalaman ketika belajar akan membentuk disiplin dan lebih berdikari, apatah lagi ketika memasuki kolej atau universiti kita akan nampak realiti kehidupan. Saya belajar sambil bekerja sebagai pelayan di hotel 5 bintang" katanya. 


Pada mulanya agak sukar sebab nak bahagikan masa dengan belajar dan bekerja. Tapi saya sukakan cabaran dan saya sekarang masih bekerja dan belajar. 


Sebelum ini Leona telah mendedahkan pendapatannya sebulan mencecah RM20 000 hingga RM30 000 sebagai pempengaruh. Tetapi tidak mematahkan semangatnya untuk menyambung pelajaran.


Kredit: Apa cerita podcast 

Post a Comment

0 Comments