"Saya perlu berkerja keras untuk besarkan empat orang anak angkat 'homeless' (terbiar) " - Norish Karman

"Saya perlu berkerja keras untuk besarkan empat orang anak angkat 'homeless' (terbiar) " - Norish Karman

 


Norish Karman pelakon jelita berusia 50 tahun bahagia  menjanda bersama 8 orang anak.

 

Norish berkata, dia kini bekerja keras dengan menceburi perniagaan katering serta program motivasi untuk menyara lapan anak termasuk empat anak angkat selepas bercerai.

 

"Mungkin ramai yang tidak tahu, saya juga ada mengambil empat anak angkat 'homeless' (terbiar) sejak Jun 2020.

 


"Saya memutuskan untuk menjaga mereka empat beradik selepas bapa mereka meninggal dunia dan ibu pula dimasukkan ke penjara.

 

"Saya juga tidak sorokkan identiti empat anak angkat yang dipelihara kerana tidak mahu besarkan mereka dalam penipuan dan memiliki sijil anak angkat yang sah mengikut undang-undang. Jika ada yang mahu infak untuk empat anak angkat saya ini boleh berhubung dengan saya," katanya.

 


Norish memiliki empat anak kandung iaitu Muhammad Haqiem Amany, 25; Muhammad Hady Amieran, 21, Nur Hanyz Amanda, 20 ; dan Haq Alexander, 13.

 

Manakala, empat anak angkat ialah  Hasbi Fadullah, 13; Hasya Farahiya,11; Haziq Fadillah, 10; dan Hazra Farisya, 5.

 

Tidak pernah menutup pintu hati 



Norish Karman juga mendedahkan dia akan terus menyekat nombor daripada lelaki berstatus suami orang yang mahu menjalinkan hubungan dengannya.

 

"Saya memang tidak pernah melayan suami orang kerana anak-anak juga tidak benarkan.

 

Norish atau nama sebenarnya, Nor'ashikin Karman berkata, dia juga memilih untuk berkawan dengan lelaki berstatus bujang yang berusia bawah 40 tahun.

 

"Anak-anak juga mahu saya mencari calon suami yang lebih muda daripada saya," katanya.

 

Ditanya kenapa dirinya masih solo, Norish berkata, dia juga tidak pernah menutup pintu hatinya untuk berkahwin walaupun sudah hampir 13 tahun bergelar ibu tunggal.

 

"Saya tidak pernah tutup pintu hati untuk berkahwin semula selepas bercerai, tapi mungkin belum ada jodoh lagi. Saya pun tak pernah kata menolak untuk berkahwin semula," katanya yang masih belum memiliki teman istimewa.


Kredit: Metro 

Post a Comment

0 Comments