Kredit: Astro Gempak |
Kata Ayda, dia perlu melakukan latihan yang banyak bagi memastikan persembahannya itu tiada cacat cela.
Jadi,
dia perlu mengorbankan masa bersama anak-anaknya.
“Kalau
nak ikutkan saya dah beberapa hari tak tidur dengan anak saya.
“Sebab
saya punya latihan balik lambat sampai pukul 5/6 pagi.
“Jadi bila nak buat satu persembahan yang flawless itu memang perlukan latihan yang banyak,” kata ibu anak dua itu sebak.
Syukur
keluarga faham
Sementara
itu, Ayda bagaimanapun bersyukur kerana dikurniakan keluarga terdekat yang
memahami walaupun merasa teruk kerana tidak dapat meluangkan masa bersama
anak-anaknya.
“Saya
rasa sangat teruk, tapi alhamdulillah saya ada keluarga yang boleh tengokkan
mereka.
“Sebab
bila saya bangun tidur pun ada lagi perkara lain yang saya perlu buat,
sebenarnya ini yang paling hardest untuk saya lakukan,” ujarnya lagi.
Sekadar
rekod, persembahan memukau Aida Jebat telah merebut semula takhtamya sebagai
bintang yang menduduki tangga pertama di minggu keempat dalam pertandingan The
Hardest Singing Show.
Ayda
tampil memukau penonton dengan persembahan yang menyuntik elemen magis termasuk
telah ‘ghaib’ di akhir persembahan dan tampil membuat kejutan di belakang juri,
Datuk Seri Rossa.
Rancangan
10 minggu ini telah diacarakan oleh penyampai radio popular, Nabil Ahmad
bergandingan bersama pengacara, pelawak dan juga penyanyi terkenal Indonesia,
Rina Nose.
Sementara
itu, bangku juri pula disandang oleh barisan penyanyi, komposer dan pengarah
professional yang telah lama berkecimpung di dalam industri muzik dan hiburan,
termasuk Dato' Sri Rossa, Edry Abdul Halim dan Zizan Razak.
Saksikan
The Hardest Singing Show untuk menyaksikan format pertandingan luar biasa dan
pengalaman pertandingan nyanyian terhebat abad ini di Astro.
Penerbitan
'The Hardest Singing Show' diunikkan oleh Alha Alfa Cosmetics selaku penaja
utama.
Kredit: Astro Gempak
0 Comments