Pernah viral satu ketika dahulu satu pasangan Hello Kitty iaitu Mohd Afizi Mohd Nasir dengan Yus Amina Mohd Zawizah, pada mulanya tahun 2015 mereka tergerak hati untuk membeli kain baju Helo Kitty di Jakarta dan cuba mengenakannya pada hari raya, tidak sangka pula gambar mereka di media sosial menjadi tular dan terus menjadi popular.
Pernah bercerai
Terlalu makan hati punca Yus Amina dan suaminya pernah bercerai dan mengambil laluan masing-masing, namun Amina akur tidak dapat hidup sendiri tanpa suami menyebabkan dia rendahkan ego untuk kembali bersama suaminya itu.
Masa berpisah betul-betul saya serabut, dengan sibuk bekerja lagi, Amina berkata lagi selama ini suaminya yang buat semua, cuci pinggan, cuci baju, urus anak semua dia yang buat.
Bila tiada dia saya cuba buat seminggu, memang tak boleh buat, bayangkan mesin basuh pun saya tak pandai nak tekan, walaupun dah buka kedai dobi hampir empat tahun.
Saya memang tak suka cuci baju, gosok baju dan lipat baju, semua itu suami saya yang buat termasuklah sidai baju, cuci pinggan semua dia yang buat.
Sejak itu Amina mula lupa segala apa yang termakan di hati dan kembali kepada suami semula, bangun tidur pun saya akan cari dia dulu, katanya lagi.
0 Comments