Ramai ketika itu berasa takjub dan tidak menyangka orang dari luar negara turut mengenali chef selebriti tersebut. Namun, ada kisah di sebalik video itu. Chris seorang pempengaruh instagram baru-baru ini telah menemubual Khairul Aming berkaitan video mereka yang tular sebelum ini.
Menurut Khairul Aming, semasa bercuti di London dia turut singgah ke Borough Market tersebut dan berhenti di kedai Mat Salleh itu.
Katanya "Mat salleh tu cakap dengan saya, kami tak famous la kat Instagram, so takpelah I tolong. Lepas tu I buat video and I tag instagram dia. Dalam satu malam dorang dapat beri-ribu followers.
So ramai rakyat Malaysia yang pergi London akan singgah kat kedai mereka. Sebab tu since that, mana-mana rakyat Malaysia singgah kat kedai beli seafood, mereka akan kata 'you know Khairul Aming?' ujarnya dengan gelak tawa.
Ramai netizen terkejut rupa-rupanya ada kisah disebalik video tersebut.
Hebat sungguh manusia yang bernama Khairul Aming ni. Semoga terus berjaya dan sentiasa memberi inspirasi kepada orang lain.
Kredit: Christhechindian
0 Comments