TERKINI: bu bapa Zayn Rayyan didakwa pertuduhan pengabaian kanak-kanak


Petaling Jaya: Ibu bapa Zaynn Rayyan dihadapkan ke Mahkamah  Majistret pagi ini atas pertuduhan pengabaian kana-kanak sehingga mengakibatkan kecederaan. Kedua- dua pasangan berusia 29 tahun itu  tidak mengaku bersalah. 


Pertuduhan  dibawah Akta Seksyen 31 1(A) Akta Kanak-kanak 2001, mereka boleh di denda RM50 000 atau penjara 20 tahun atau kedua-duanya sekali. 




Pada 7 Disember lalu, Zayn Rayyan ditemui meninggal dunia di anak sungai berhampiran kawasan Apartmen Idaman, Damansara Damai pada jam 10 malam.

 

Mayat ditemui oleh kumpulan penduduk yang menjalankan operasi mencarinya.

 


Mangsa sebelum ini dilaporkan hilang di kawasan kediamannya sebelum ditemui terbaring di sungai yang jaraknya kira-kira 200 meter dari blok kediamannya.

 

Polis mengesahkan mangsa dipercayai dibunuh susulan hasil bedah siasat menemukan kesan kecederaan pada leher dan tubuh kanak-kanak yang mempunyai kaitan akibat perbuatan jenayah.


Kredit: Utusan Malaysia

Post a Comment

0 Comments