TERKINI: Ibu bapa Zayyn Rayyan dibebaskan dengan jaminan polis


Ismanira Abd Manaf dan Zaim Ikhwan Zahari 29 tahun akan dibebaskan dengan jaminan polis. Mereka diikat jamin sebanyak RM10,000 seorang. 


Pasangan tersebut juga perlu melapor diri di balai polis terdekat sebulan sekali, memberikan pasport perjalanan dan tidak boleh mengganggu saksi. 


Pihak keluarga juga dilarang untuk mengeluarkan apa-apa kenyataan yang akan mengganggu siasatan polis. Sebutan kes semula akan diadakan pada 26 Julai 2024. 


Menurut Mahmud Jumaat, pasangan suami isteri itu bersyukur akan dibebaskan hari ini dan mereka berasa gembira untuk berjumpa keluarga semula. 


Namun, siasatan polis di bawah  Seksyen 302 Kanun Keseksaan masih lagi dijalankan untuk menyiasat pembunuh sebenar. 


Menurut Fahmi peguam mereka, Zaim dan Isma turut mendapat rawatan psikologi selepas pembunuhan anaknya kerana kemurungan.




Terdahulu, pada 7 Disember lalu, Zayn Rayyan ditemui meninggal dunia di anak sungai berhampiran kawasan Apartmen Idaman, Damansara Damai pada jam 10 malam.

 

Mayat ditemui oleh kumpulan penduduk yang menjalankan operasi mencarinya.


Mangsa sebelum ini dilaporkan hilang di kawasan kediamannya sebelum ditemui terbaring di sungai yang jaraknya kira-kira 200 meter dari blok kediamannya.

 

Polis mengesahkan mangsa dipercayai dibunuh susulan hasil bedah siasat menemukan kesan kecederaan pada leher dan tubuh kanak-kanak yang mempunyai kaitan akibat perbuatan jenayah.


Kredit: Utusan TV

Post a Comment

0 Comments