Hari ini kita masih menantikan beberapa penjelasan daripada
pendakwah selebriti, Ustaz Don Daniyal Don Bijayid selepas terkait dengan
beberapa isu seperti ilmu yang diajarnya kepada umum.
Bagaimanapun, Ustaz Don dalam satu temu bual pernah menjawab
perkara ini dan menegaskan beliau tidak mempunyai niat untuk menyeleweng
mana-mana pihak.
Ustaz Don yakin buku dan ulamanya benar…
"Saya tidak pernah ada niat untuk menyeleweng rakyat
Malaysia.
Ada sesetengah orang kata hadis tak sahih, terpulanglah.
Bacaan dan buku dia kata tak sahih. Buku-buku dan ulama kita kata sahih.
Tiada masalah. Benda itu pegangan masing-masing. Kita tidak
boleh suruh orang ikut pegangan kita dan mereka pun tak boleh suruh kita ambil
pegangan mereka".
Dalam pada itu, Ustaz Don turut memberi jaminan dia akan berusaha untuk menjadi guru yang baik kepada anak-anak di luar sana.
Jadi, jangan takut sepertimana saya nak anak saya berjumpa dengan guru yang betul. Saya akan berusaha menjadi guru yang betul kepada anak-anak tuan-tuan.
@ar_rayyanchannel kredit to @Suria Malaysia #ustazdondaniyal ♬ Sad Music - Max-Music
Kredit: Arrayyan, Ohmedia
0 Comments