Van polis dihempap pokok tumbang, seorang anggota polis maut

Van polis dihempap pokok tumbang, seorang anggota polis maut




Jumaat 21 Jun 2024, seorang anggota polis maut selepas van dipandunya tiba-tiba dihempap pokok tumbang di Jalan Felda Sahabat 16, Lahad Datu Sabah.


Pihak medik melaporkan seorang anggota polis beruisa 44 tahun maut dalam kejadian kira-kira jam 2 petang.


Ketua Polis Lahad Datu Asisten Komisioner Dzulbaharin Ismail menyatakan mangsa memandu kenderaan polis dari arah Komtek Sahabat 16 Pasukan Gerakan Am (PGA) menuju ke jalan Pantai Sahabat 16.


Setelah van dipandu tiba di lokasi, tiba-tiba sebatang pokok yang berada di tepi jalan tumbang segera menghempap van yang dipandu mangsa.


Kejadian itu turut disaksikan seorang anggota polis lain yang menaiki motosikal dari arah bertentangan, hasil pemeriksaan mangsa tidak bernafas dan meninggal dunia di tempat kejadian.


Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, sampel darah mangsa turut diambil bagi melakukan ujian seterusnya.


Sekiranya terdapat mana-mana individu yang menyaksikan kejadian itu diminta tampil bagi menyalurkan maklumat dan boleh menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Humaidi Harun di talian 089-881255 atau terus ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu.


Dzulbaharin turut berdukacita dan mengiringi ucapan takziah dan menegaskan siasatan kes akan dilakukan dengan segera bagi membantu memudahkan urusan keluarga mangsa.






Post a Comment

0 Comments