RAKAMAN menunjukkan seorang lelaki melafazkan iqamah
selepas kelahiran cahaya mata pertamanya tular di media sosial.
Momen yang mengharukan ini
mendapat perhatian ramai kerana si bapa yang dikenali sebagai Pak Yob sudah
berusia 80 tahun.
Dalam satu perkongsian di media
sosial yang dibuat oleh isterinya, Ummi Mak Ha, dia menjelaskan bayi perempuan
mereka selamat dilahirkan Jumaat (31 mei) pada pukul 9.30 malam.
"Kurniaan zuriat dari Allah
di usia ayahnya 80 tahun. Puteri kami dilahirkan," ujarnya menerusi
kapsyen pada video dimuat naik di TikTok.
Kelahiran bayi ini begitu bermakna
buat pasangan ini kerana si comel itu merupakan zuriat pertama mereka setelah
10 tahun mendirikan rumah tangga.
Setelah 10 tahun menunggu dikurniakan zuriat |
Malah, jarak usia 38 tahun tidak
menghalang Ummi Mak Ha untuk bernikah dengan Pak Yob.
Jika diteliti pada ruangan komen,
ternyata ramai dalam kalangan netizen mengikuti perkembangan kehidupan mereka
sebelum ini.
"Umur (Ummi Mak Ha) 42 tahun.
Ni anak sulung. Sudah lama mereka tunggu zuriat.
"Tak silap saya ada terbaca,
anak sulung. Lama mereka tunggu.
"Allahuakbar, akhirnya makbul
juga doa mereka nak zuriat," komen netizen pada video tersebut.
Selain itu, ramai dalam kalangan
warga maya turut berkongsi kisah mereka yang sedang berusaha untuk mendapatkan
zuriat selepas beberapa tahun mendirikan rumah tangga.
Video yang meraih lebih 1 juta
jumlah tontonan itu dirakamkan di Penawar Klinik dan Dewan Bersalin Muslimah,
Seberang Perai, Pulau Pinang.
Rata-rata netizen di ruangan komen
turut menzahirkan rasa syukur dan memberikan ucapan tahniah kepada pasangan
tersebut.
"Alhamdulillah suami 80 tahun, isteri muda ada harapan dapat zuriat. Kalau isteri berumur jadi susah sikit nak dapat zuriat.
Kredit: Ummi Mak Ha Pak Yob, MStar
0 Comments