Pendakwah bebas Ustaz Don Daniyal tampil
mempertahankan diri selepas khidmatnya sebagai pengacara program Salam
Baitullah yang bersiaran di Radio Televisyen Malaysia (RTM) ditamatkan serta
merta.
Menafikan dia menyebut hadis palsu
dalam topik siaran berkenaan, Don atau Don Daniyal Don Biyajid, 40, mendakwa
stesen tersebut hanya mendengar pendapat melalui satu pihak sahaja.
“Mereka hanya mendengar pada satu
pihak sahaja dan mereka beri reaksi berdasarkan pihak sana sahaja. Sedangkan
saya dah berjumpa pihak autoriti, mestilah saya berpegang dengan apa yang
mereka pesan.
Perkongsian Don merujuk kepada kitab. Gambar mStar
"Saya tidak sebut saya
memetik hadis tetapi saya menyebut saya memetik kitab yang ditulis oleh Imam An
Nawawi Al Bünyan’ı berjudul Tanqihul Qaul Al Hadith Syadah Lubab Al Hadith.
"Beliau juga merupakan orang Melayu (Nusantara) yang menjadi Imam Masjidil Haram. Mana mungkin imam ini menulis perkara yang salah dan kalau saya memetik kitab itu maksudnya iman itu juga melakukan kesilapan. Malah imam ini juga dimakamkan perkuburan Ma'la,” katanya.
Don menjelaskan perkara semasa
sidang media tergempar menjawab kontroversi ini di Smoked Kingdom, Putrajaya
pada malam Jumaat.
Dalam pada itu, Don berkata dia tetap
berfikiran positif dengan menganggap apa berlaku ini merupakan salah faham
kerana perbezaan ideologi.
Tambah pendakwah itu, ramai pihak
mengecam dirinya hanya kerana video pendek yang tular dan tidak melihat
keseluruhan perbincangan.
“Mungkin wujud salah faham.
Perbincangan pada hari ini mempunyai perbezaan cara berfikir.
Sebelum tamat rancangan, saya siap minta maaf jika ada salah dan silap - USTAZ DON DANIYAL PENCERAMAH BEBAS
“Sebab itu ia menjadi kenyataan
manipulasi dan spekulasi yang teruk sebab video yang viral hanya sekerat tak
tonton sejam setengah rancangan berkenaan.
“Sebelum tamat rancangan, saya
siap minta maaf jika ada salah dan silap,” ujarnya.
Pada Khamis, nama Don kembali
hangat apabila dia bercerita mengenai manfaat memandang wajah guru lebih baik
berbanding bersedekah 1,000 ekor kuda di jalan Allah.
Kupasan Don dalam rancangan Salam Baitullah menimbulkan percanggahan
pendapat.
Kenyataan tersebut dikatakan tidak
merujuk kitab-kitab sahih ahli agama selain menimbul percanggahan pendapatan.
Sebelum ini, Don juga pernah
direhatkan selama satu minggu daripada rancangan tersebut selepas mengupas
tentang isu kekasih pertama Nabi Muhammad SAW yang juga dianggap tanpa sokongan
dalil sah.
Bagaimanapun selepas sehari
dibenarkan bersiaran, timbul pula kontroversi terbaharu sehingga menyebabkan
tugasnya ditamatkan serta merta.
Sumber: mStar
0 Comments