Peminat Persija Jakarta merusuh di dalam stadium selepas pasukan mereka tewas kepada Selangor dalam pentas final RCTI Premium Sports baru-baru ini.
Pada aksi yang berlangsung di Stadium Antarabangsa Jakarta (JIS) itu, jaringan tunggal Alvin Fortes pada separuh masa pertama sudah cukup untuk memberikan kemenangan bagi Selangor ke atas Persija.
Perlawanan terpaksa dihentikan ketika memasuki minit-minit akhir selepas ada sekumpulan penyokong yang membakar suar dan kemudiannya mencampak suar tersebut ke dalam padang.
Pihak keselamatan stadium cuba mengawal keadaan namun gagal berbuat demikian selepas lebih ramai penyokong tuan rumah yang membalinh suar dan juga botol ke dalam padang.
Malah, pergaduhan juga tercetus antara sekumpulan penyokong dan juga pihak keselamatan stadium sekaligus mengeruhkan lagi keadaan.
Amarah peminat Persija ini berpunca daripada prestasi buruk yang ditampilkan oleh pasukan dalam saingan Liga 1 Indonesia musim ini dimana mereka menamatkan saingan ke-8 dalam carta liga sekaligus terlepas aksi play-off bagi menentukan kejuaraan.
Lebih perit lagi, musuh utama Persija iaitu Persib Bandung muncul juara selepas menewaskan Madura United dalam perlawanan akhir play-off kejuaraan dengan agregat 6-1 dan muncul sebagai juara musim ini.
Bagi Selangor, ini merupakan piala pra musim kedua yang dimenangi oleh mereka dimana sebelum ini skuad bimbingan Nidzam Jamil itu memenangi trofi Selangor Asia Challenge.
Selepas ini, Selangor akan turun menentang Negeri Sembilan dalam aksi pusingan 16 pasukan terakhir saingan Piala FA musim ini.
Kredit: Infosemasa
0 Comments