Walaupun sudah tiada, lelaki ini setiap hari whatsapp ibunya buat netizen bergenang air mata

Walaupun sudah tiada, lelaki ini setiap hari whatsapp ibunya buat netizen bergenang air mata

 


Sebagai makhluk hidup pasti akan merasai kematian. Begitulah lumrah alam, tiada siapa yang akan kekal di dunia ini. Namun, meneruskan hidup dengan kehilangan insan tersayang bukanlah mudah. Apatah lagi kehilangan seorang ibu. 


Ibu adalah syurga seorang anak, kehilangan ibu umpama dunia tidak lagi berjalan seperti biasa. Sebuah video telah meruntun hati ramai dengan perkongsian seorang lelaki di Tik Tok bernama @dzami26 berkongsi kisahnya mengirim mesej whatsapp kepada nombor ibunya yang sudah meninggal dunia. 


Dzami berkongsi aktiviti hariannya di whatsapp ibunya, termasuk gambar dan video. Mesej perbualannya seperti ibunya masih hidup lagi di dunia ini. Mungkin ini adalah salah satu cara untuk Dzami meluahkan rasa rindu kepada ibunya yang telah meninggal dunia pada 24 oktober 2022. 











Mesej whatsapp Dzami kepada ibunya turut meruntun hati netizen, ramai mengatakan mereka menangis membaca mesej whatsapp tersebut. 




Semoga roh ibu ayah kita ditempatkan dalam kalangan orang beriman. Sedekahkan al- Fatihah kepada ahli keluarga yang telah pergi mendahului kita. 





Kredit: Dzami26

Post a Comment

0 Comments