Tular sebuah gambar yang dimuat naik oleh seorang wanita yang beli sup perut, disangka lemak perut rupanya tahi lembu.
Daging lembu sememangnya digemari oleh kebanyakan warga Malaysia. Tidak kiralah semasa pada musim perayaan mahupun hari-hari kebiasaannya.
Daging lembu boleh dihidangkan dalam pelbagai jenis masakan, khususnya sup tulang daging yang cukup digemari. Bukan sahaja daging lembu sahaja yang disukai.
Bahagian lain lembu juga boleh dimakan seperti perut, ekor, mata dan kaki. Walau bagaimanapun, sesetengah bahagian memerlukan kepakaran dalam memilih bagi memastikan kebersihan dan keselamatan sebelum dimasak.
Namun, malang nasib seorang wanita yang difahamkan membeli sup perut untuk dimakan, tapi dia dapati sup tersebut berbau busuk selepas dipanaskan. Setelah diperiksa, pasti anda akan kembang tekak dibuatnya.
Untuk mengikuti dengan lebih lanjut cerita ini, mari kita ikuti perkongsian yang dibawakan oleh Annisa Fakrulradzi di Facebook MASAK APA TAK JADI HARI NI OFFICIAL
Sup Perut RM20 Dapat Tahi Lembu
Beli sup perut dengan harga RM20. Kononnya kedai tu ramai org kata sedap.
Jadi kita pun terliur try lah beli. Beli bungkus nak makan dekat rumah.
Time nak panaskan sup tu bau busuk. Tengok-tengok ada 2 ketul perut bulat penuh taik.
Call peniaga dia kata tu lemak dalam perut. Macamlah kita ni tak pandai beza lemak dengan taik.
Menerusi gambar-gambar yang dimuat naik di Facebook itu, ia telah menzahirkan rasa kecewa kepada warga MASAK APA TAK JADI HARI NI OFFICIAL.
"Bungkus dan hantar semula ke peniaga tu..suruh dia makan depan-depan. Bagitahu dia kan sedap dah panaskan pun sup tu," kata Azila Mohd Kasim.
"Nauzubillahiminzalik. Menganiaya orang betullah," kata Ummi Yahaya
Itu antara komen-komen yang diutarakan oleh warga kumpulan itu di ruangan komen.
Kredit: Facebook MASAK APA TAK JADI HARI NI OFFICIAL, Siakap keli
0 Comments