Zahiril Adzim jenuh kena maki

Zahiril Adzim jenuh kena maki


Kuala Lumpur: Pelakon, Zahiril Adzim bersyukur walaupun wataknya sebagai Omar dalam drama bersiri Aku Bukan Ustazah dikecam hebat penonton, namun kecaman itu tidaklah menggugat keselamatan keluarganya.

 

Bagaimanapun, itu tidak memberikan ruang kepada netizen untuk melangkaui batasan dan menyentuh keluarganya.

 

"Agak teruk sampai ada juga orang yang nak jumpa saya di luar dan nak pukul saya. Setakat ini, tak adalah yang terlalu keterlaluan sampai tahap mengganggu keluarga saya.

 

"Alhamdulillah, tak ada lagi yang menghina keluarga saya. Kalau ada, memang saya tunggu untuk cari orang itu.

 

"Paling-paling pun, ada yang komen di gambar Shera (isteri) dan cakap, 'ini isteri nombor berapa pula?' dan sebagainya," katanya.

 

Zahiril ketika ditemui di sesi ramah mesra bersama pelakon drama Aku Bukan Ustazah berkata, setiap hari ada saja mesej makian yang diterimanya di media sosial.

 

"Setiap hari, ada saja yang DM dan maki-maki saya. Memang penuh juga peti mesej sampai saya tak larat nak baca.

 


"Saya okay, tak ada masalah apabila dikecam kerana saya tahu, itu semua adalah 'engagement'. Tapi, kalau dah sampai tahap memaki hamun, saya rasa itu tak perlu. Saya memang jenis yang takkan balas. Sebabnya, ini adalah satu drama yang kita tahu, dihasilkan untuk memberi pengajaran," katanya.

 

Mengakui bahawa watak Omar adalah watak paling 'jahat' pernah dilakonkannya, Zahiril tidak menolak bahawa impak itu turut dirasakan kerana ramai yang menyayangi watak Aminah lakonan pelakon baharu, Erysha Emyra.

 

"Setakat ini, saya rasa watak jahat yang saya lakonkan tak ada yang betul-betul jahat seperti Omar ini. Mungkin orang benci Omar sebab orang sukakan watak Aminah," katanya.

 

Dalam drama Aku Bukan Ustazah, Omar digambarkan sebagai lelaki yang melakukan kekerasan terhadap wanita.


Post a Comment

0 Comments