Zarina Anjoulie dakwa ramai artis hidup mewah pinjam duit 'Ah Long' dan ada yang disenarai muflis

Zarina Anjoulie dakwa ramai artis hidup mewah pinjam duit 'Ah Long' dan ada yang disenarai muflis


Bila sebut kerjaya sebagai artis, kita biasanya akan membayangkan betapa mewah kehidupan yang dijalani. Dari kereta berjenama mewah sehingga pakaian designer menjadi satu perkara biasa untuk mereka.

 

Realitinya, ia tidak seindah yang disangkakan oleh orang awam. Pelakon Zarina Anjoulie kini mendedahkan ramai artis yang suka menunjuk kemewahan sehingga menjadi ikutan pengikut mereka.

 

Menerusi temu bual di  Astro Gempak, Zarina atau lebih mesra disapa Anju berkata, kebanyakan artis sanggup membuat pinjaman demi mempamerkan gaya hidup mereka yang mewah.

 

“Ramai artis dekat Malaysia ni nak tunjuk benda yang tak ada. Tak mengapa, saya pun tak kaya, ada masa saya pun tak ada duit. Tak mengapa sebab realitinya artis kita memang banyak tak buat duit.

 

“Banyak artis yang nak tunjuk imej mereka kaya tapi saya tahu berapa ramai yang bankrap,” katanya lagi.

 

Sekadar gambar hiasan

Dalam pada itu, Anju memberitahu ramai pengikut-pengikut di media sosial yang terpengaruh dengan cara tersebut.


Lebih mengejutkan lagi apabila dia turut mendedahkan bahawa ramai artis yang sanggup berhutang dengan ah long demi melayan hawa nafsu yang mahu kemewahan.

 


“Secara tak langsung, followers pun terikut-ikut gaya hidup macam itu. Sanggup hutang Ah Long semata-mata untuk kononnya hidup mewah.

 

“Mereka tak faham yang artis ni banyak hutang Ah Long, banyak pinjaman dan sebagainya. Kenapa nak jadi macam mereka?

 

“Tak mengapa kalau awak artis bawa Myvi. Banyak saya nampak pengikut di media sosial, mereka tidak hidup dengan cara ‘mengukur baju di badan sendiri’ mereka cuba nak jadi macam itu,” ujarnya.

 

Memang benar memakai barangan atau kereta mewah melambangkan status kekayaan seseorang namun ia tidak bermakna jika anda terpaksa berhutang demi mencapainya.


Kredit: Astro gempak, Vocket

Post a Comment

0 Comments