Seorang pemuda dari Desa Mola Selatan, Sulawesi
Tenggara, Indonesia maut akibat letupan bom ikan ketika menangkap ikan di laut.
Menurut Ketua Polis Perairan,
Kayfulani Usman, mangsa yang dikenali sebagai Bongkar Sayeng, 23, disyaki
terlalu lewat melempar bom ikan ke laut sehingga meletup di atas botnya.
"Orang ramai menghubungi
polis apabila terdengar bunyi letupan bom di tengah laut, tapi tiada sesiapa
yang berani mendekati," ujarnya memetik laporan Kompas.
Menurut Kayfulani, mangsa pergi menangkap ikan seorang diri dengan bot di
tengah perairan laut Desa Mola Utara, pada petang Selasa lalu.
"Difahamkan, bom ikan
terlambat dibuang dan ada penduduk yang melihat bot itu melambung ke
udara," kata Kayfulani.
Selepas letupan reda, ujarnya,
penduduk dan polis bergegas ke tempat kejadian untuk mencari mangsa namun tidak
ditemui.
Mayat mangsa kemudian ditemui pada
hari berikutnya dengan tubuh mengalami kesan terbakar.
"Badannya separuh melecur dan
tangan kanannya putus, kaki kanannya hampir putus," kata Kayfulani.
0 Comments