Gadis naif pelik sikap teman lelaki, selalu minta cium, dan janji hadiahkan bra! adakah ini normal?

Gadis naif pelik sikap teman lelaki, selalu minta cium, dan janji hadiahkan bra! adakah ini normal?

 

Seorang gadis terkejut dengan perubahan sikap teman lelakinya. - Gambar hiasan


Tidak pernah terduga, perkenalan sejak lebih 10 tahun sebagai kawan biasa akhirnya berubah menjadi sesuatu yang istimewa hingga membuatkan hati berdebar-debar.


Begitulah yang dilalui seorang wanita berusia 27 tahun tatkala berkongsi kisah cintanya yang mula berputik sejak kira-kira sebulan yang lalu.


"Kawan lama zaman sekolah. Dia approach saya dan hubungan kami semakin serius sebagai kekasih.


"Hubungan dah sebulan sejak Jun," kongsinya menerusi satu hantaran di Facebook.


Bagaimanapun menurutnya, mereka kini menjalinkan hubungan jarak jauh (PJJ) memandangkan dia menetap di Semenanjung, manakala teman lelaki bertugas di Sarawak.


Bercerita lanjut, gadis berkenaan memberitahu kekasihnya yang seusia dengannya bekerja dalam sektor awam di Bumi Kenyalang itu.


Walaupun keluarga bakal mentua dalam kalangan orang yang baik-baik, namun timbul perasaan takut terhadap teman lelaki sendiri.


Gadis itu berkata, semuanya berubah selepas mereka merancang untuk bertemu di Semenanjung pada Januari tahun depan.


"Cuma saya takut sikit sebab dia ajak jumpa di Semenanjung, pada Januari tahun depan. Kemudian dia tanya boleh ke nanti nak cium sikit sebab lama tak jumpa.


"Malah, dia nak belikan saya hadiah bra," ujarnya.

Seorang gadis menjalinkan hubungan jarak jauh dengan teman lelakinya. -Gambar hiasan


Lebih menimbulkan rasa curiga apabila teman lelakinya meminta supaya merahsiakan hubungan mereka daripada pengetahuan keluarganya sendiri.


Dia bagaimanapun memberitahu kekasihnya bahawa permintaan dan perancangan tersebut tidak sesuai memandangkan mereka belum berkahwin.


Jangan mudah percaya dengan lelaki, jaga maruah tu. - NETIZEN


"Saya jelaskan, cakap cium tak boleh sebelum kahwin... dia nampak marah sikit.


"Isu-isu ini buat saya terdetik, dia macam tak serius dan hanya fikir nafsu semata-mata. Adakah ini normal bagi lelaki?" soalnya.


Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen terkejut dengan sikap teman lelaki kepada gadis itu, sekali gus timbul pelbagai andaian.


"Kot dia dah kahwin atau ada kekasih lain. Sebab tu suruh rahsiakan.


"Tak normal, aku yang lelaki ni pun tak berani dan tak tergamak nak buat kat anak dara orang macam tu.


"Tak boleh pakai lelaki macam tu. Nanti jumpa macam-macam dia akan buat. Nak selamat, jangan teruskan. Ingat akhir zaman ni jangan mudah percaya dengan lelaki, jaga maruah tu," demikian antara komen netizen.


Post a Comment

0 Comments