Seorang gadis
terkejut dengan perubahan sikap teman lelakinya. - Gambar hiasan
Tidak pernah terduga, perkenalan sejak lebih 10
tahun sebagai kawan biasa akhirnya berubah menjadi sesuatu yang istimewa hingga
membuatkan hati berdebar-debar.
Begitulah yang dilalui seorang
wanita berusia 27 tahun tatkala berkongsi kisah cintanya yang mula berputik
sejak kira-kira sebulan yang lalu.
"Kawan lama zaman sekolah.
Dia approach saya dan hubungan kami semakin serius sebagai kekasih.
"Hubungan dah sebulan sejak Jun," kongsinya menerusi satu hantaran di
Facebook.
Bagaimanapun menurutnya, mereka
kini menjalinkan hubungan jarak jauh (PJJ) memandangkan dia menetap di
Semenanjung, manakala teman lelaki bertugas di Sarawak.
Bercerita lanjut, gadis berkenaan
memberitahu kekasihnya yang seusia dengannya bekerja dalam sektor awam di Bumi
Kenyalang itu.
Walaupun keluarga bakal mentua
dalam kalangan orang yang baik-baik, namun timbul perasaan takut terhadap teman
lelaki sendiri.
Gadis itu berkata, semuanya
berubah selepas mereka merancang untuk bertemu di Semenanjung pada Januari
tahun depan.
"Cuma saya takut sikit sebab
dia ajak jumpa di Semenanjung, pada Januari tahun depan. Kemudian dia tanya
boleh ke nanti nak cium sikit sebab lama tak jumpa.
"Malah, dia nak belikan saya
hadiah bra," ujarnya.
Seorang gadis menjalinkan hubungan jarak jauh dengan teman lelakinya.
-Gambar hiasan
Lebih menimbulkan rasa curiga
apabila teman lelakinya meminta supaya merahsiakan hubungan mereka daripada
pengetahuan keluarganya sendiri.
Dia bagaimanapun memberitahu
kekasihnya bahawa permintaan dan perancangan tersebut tidak sesuai memandangkan
mereka belum berkahwin.
Jangan mudah percaya dengan lelaki, jaga maruah tu. - NETIZEN
"Saya jelaskan, cakap cium
tak boleh sebelum kahwin... dia nampak marah sikit.
"Isu-isu ini buat saya
terdetik, dia macam tak serius dan hanya fikir nafsu semata-mata. Adakah ini
normal bagi lelaki?" soalnya.
Menerusi ruangan komen, rata-rata
netizen terkejut dengan sikap teman lelaki kepada gadis itu, sekali gus timbul
pelbagai andaian.
"Kot dia dah kahwin atau ada
kekasih lain. Sebab tu suruh rahsiakan.
"Tak normal, aku yang lelaki
ni pun tak berani dan tak tergamak nak buat kat anak dara orang macam tu.
"Tak boleh pakai lelaki macam
tu. Nanti jumpa macam-macam dia akan buat. Nak selamat, jangan teruskan. Ingat
akhir zaman ni jangan mudah percaya dengan lelaki, jaga maruah tu,"
demikian antara komen netizen.
0 Comments