Jika sebut mengenai destinasi percutian di Indonesia, pasti ramai yang terlintas mengenai Bali dan Lombok.
Namun tahukah anda, ada satu lagi destinasi yang menjadi pilihan kaki travel namun underrated ketika ini iaitu Labuan Bajo.
Pasti tidak ramai yang mengetahui keberadaan sebenar Labuan Bajo meskipun destinasi ini rupanya terletak di negara jiran kita sahaja.
Secara ringkas, Labuan Bajo adalah ibu kota bagi daerah Manggarai Barat yang juga satu daripada lapan daerah di bawah pentadbiran utama Flores, di wilayah Nusa Tenggara sebelah timur Indonesia.
Masih kedengaran seperti kurang familiar bukan?
Tapi percayalah, jika anda melihat sendiri keindahan setiap inci pemandangan Labuan Bajo sebagaimana perkongsian gadis bernama Intan ini, pasti anda akan mula mencari tiket penerbangan untuk ke sana.
Sebelum berkongsi cerita lebih lanjut, jom layan dulu gambar-gambar yang sempat dirakam Intan ketika trip ke Labuan Bajo pada 17 April hingga 22 April lalu.
Pemandangan matahari terbenam dari hotel. |
Pemandangan 'sunrise' dari hotel sekitar 5 pagi. |
Hiking di Padar Island. |
Pakej turut termasuk aktiviti air. |
Bersama rakan travel yang turut menginap di atas bot. |
Menurut Intan, dia dan dua rakannya banyak melakukan kajian sebelum melakukan trip secara Do-It-Yourself ke Labuan Bajo.
"Kecuali sailing, kami ambil dengan ejen memandangkan kami mahu merasai pengalaman berlayar di atas kapal untuk tiga hari dan dua malam.
"Bajet total habis around RM3,000 memandangkan tiada direct flight. Dan kami transit dekat Bali," ujar jurutera perisian berusia 25 tahun ini.
Intan turut berkongsi pengalaman dan tip secara ringkas buat panduan mereka yang merancang untuk meneroka Labuan Bajo.
1. Kenangan manis dapat melakukan aktiviti snorkeling tengah laut bergelora, semata-mata mahu menyaksikan manta ray di depan mata. Jangan risau, setiap pelancong diberikan life jacket. Selain snorkeling, pakej ini turut merangkumi aktiviti fin swimming.
2. Hiking Padar Island. Ambil masa sekitar 45 minit namun sangat berbaloi apabila tiba di puncak. Terlalu indah untuk digambarkan. Tidak henti-henti bibir memuji kebesaran Allah.
3. Bermalam di Loccal Collection Hotel. Hotel ini menyajikan konsep hotel seperti di Santorini, Greece. Masih terbayang-bayang pemandangan kapal-kapal di laut berlatarbelakangkan matahari terbenam.
4. Tip - Untuk ke Labuan Bajo, anda disarankan mencari ejen yang menawarkan penginapan 3D2N dan merasai pengalaman bermalam di atas kapal. Sebaik-baiknya cari houseboat yang private trip untuk keselesaan.
Semua bayaran termasuk makanan sudah dikira di dalam pakej. Jangan bimbang, makanan semua halal, ada disediakan khidmat photographer (drone, gopro, kamera).
Jangan bimbang, Wifi pun ada! Bagi yang mahu ke Komodo Island, anda perlu membayar tiket berasingan.
0 Comments