Mamat Exist didenda RM4000 dan pengawasan AADK dua tahun

 

Mamat mengaku ambil dadah.

PENYANYI Mamat Exist mengaku bersalah atas pertuduhan mengambil dadah jenis Methaphetamine pada tahun 2019.


Pengakuan bersalah itu dibuat dihadapan Hakim Fatimah Zahari di Mahkamah Sesyen Johor Bahru pada Isnin.


Susulan pengakuan bersalah itu, Mamat atau Mohd Ali Kamarudin, 47, dikenakan hukuman denda sebanyak RM4,000.


Mamat juga diarahkan menjalani pengawasan dua tahun di bawah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) di Bentong, Pahang.


Penyanyi berkenaan kemudiannya membayar denda dikenakan terhadapnya.


Prosiding dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Bariah Jalil manakala Mamat diwakili peguam bela, Azlina Abdul Aziz.


Mengikut pertuduhan, Mamat didakwa memberikan kepada diri sendiri dadah jenis Methamphetamine kira-kira pukul 2 pagi pada 9 September 2019 di di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Utara.

Post a Comment

0 Comments