KUALA LUMPUR: "Assalamualaikum semua. Mohon doakan
Endra. Dia tidak henti-henti muntah dari malam semalam (Jumaat).
"Keputusan kami dapat adalah buah pinggang Endra sudah
kering sangat," kata pelakon, Eyra Hazali, 25, dalam perkongsian hantaran
dibuatnya di Instagram Story mengenai keadaan kesihatan anak kedua, Endra
Haqimie, 2.
Menurut pemilik nama sebenar, Hazirah Qasdina Hazali ini,
disebabkan mengalami muntah teruk tanpa henti, anaknya itu dibawa ke hospital
dan ditahan untuk pemeriksaan lanjut.
Isteri kepada pemain bola sepak Johor Darul Ta'zim (JDT),
Haziq Nazli itu berkata, dia tidak menyangka anak lelakinya itu disahkan doktor
mempunyai masalah buah pinggang kering.
Dalam perkongsian itu juga, Eyra memohon semua pengikut
dalam Instagram (IG) untuk mendoakan semoga anaknya itu segera sembuh.
"Insya-Allah dengan rawatan seterusnya, dia (Endra) akan baik dan sekarang hanya perlu dipantau doktor," tulisnya.
Untuk rekod, Eyra dan Haziq mendirikan rumah tangga pada 1
November 2019 dan dikurniakan dua cahaya mata lelaki, Muhammad Hayder Qhalish,
4, dan Muhammad Endra Haqimie, 2.
Pada Mei lalu, Eyra berkongsi berita gembira apabila hamil
anak ketiga.
Kredit: Berita Harian
0 Comments