Bahana main teka-teki, lelaki tikam rakan15 kali

Bahana main teka-teki, lelaki tikam rakan15 kali




HANYA kerana tidak dapat menjawab teka-teki, seorang lelaki maut akibat ditikam sebanyak 15 kali.


Berdasarkan laporan saksi, mangsa yang dikenali sebagai Kadir Markus datang ke rumah suspek untuk membayar hutang.


Dia kemudiannya menyertai pesta dan bermain teka teki tentang ayam atau telur diciptakan dahulu.


Persoalan tersebut menyebabkan kedua-dua mereka saling bertengkar sebelum mangsa meminta izin untuk pulang ke rumahnya.


Suspek yang tidak berpuas hati kemudiannya mengejar mangsa menggunakan pisau kecil sehingga ke gereja, seterusnya menikam tubuh mangsa sebanyak 15 kali.


Mangsa disahkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di hospital.


Sementara itu, Ketua Polis Tongkuno, IPTU Abdul Hasan mengesahkan kejadian yang berpunca daripada salah faham teka teki.


"Suspek menikam mangsa sebanyak 15 kali. Pada masa ini suspek masih ditahan untuk siasatan lanjut," katanya. 


Kredit: Kompas

Post a Comment

0 Comments