Baru-baru ini pihak Suruhanjaya Hak Asasi Kemanusiaan Malaysia SUHAKAM mengeluarkan kenyataan bahawa membantah hukuman gantung sampai mati kepada enam orang tertuduh yang mendera kes Zulfarhan sehingga menyebabkan kematian.
Terkini bapa kepada Zulfarhan iaitu Zulkarnain Idros, 60, meluahkan rasa kecewa terhadap SUHAKAM dan menyoal semula tentang kenyataan itu.
‘’Kenapa perlu sekarang? Apa yang cuba mereka sampaikan?
“Suhakam seolah-olah ada unsur politik. Mereka berpolitik demi kepentingan peribadi dan jika tidak ada kepentingan peribadi, mereka tidak akan memberikan kenyataan yang sedemikian rupa,” ujarnya.
"Malahan ketika arwah diseksa dengan terus mengapa pihak SUHAKAM tidak berikan sebarang kenyataan.
Sebagai contoh, masa arwah diseksa tujuh tahun dahulu kenapa tiada yang tampil memberikan kenyataan?
Sedangkan pada ketika itu Zulfarhan didera hingga kejam sehingga dia hilang nyawa. Mana keadilan untuk arwah? Mereka sudah tentu ada kepentingan dan agenda mereka sendiri,” katanya.
Zulkarnain juga minta mana-mana pihak tidak mengambil kesempatan terhadap kes melibatkan arwah anaknya itu, dia juga memohon agar semua pihak hormat keputusan mahkamah.
Kita hormat keputusan mahkamah dan arwah anak saya juga layak mendapat keadilan yang selayaknya,” ujarnya lagi.
Terdahulu, pihak SUHAKAM telah tampil membantah hukuman gantung sampai mati kepada enam bekas penuntut UPNM yang telah membunuh Zulfarhan Osman dengan melakukan penderaan menggunakan beberapa objek seperti seterika wap, getah paip dan tali pinggang pada 2017.
SUHAKAM meminta agar pihak kerajaan mempertimbangkan semula pelaksanaan hukuman mati dan berusaha ke arah sistem keadilan lebih saksama dan berperikemanusiaan untuk semua.
Mereka juga menganggap keputusan Mahkamah Rayuan dalam membenarkan permohonan pihak pendakwaan bagi mengekalkan pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaaan sebagai satu detik menyedihkan serti penting dalam sejarah kehakiman Malaysia.
Terdahulu suruhanjaya tersebut berpandangan hukuman mati bukan penyelesaian adil atau berkesan. Atas dasar tersebut, Suhakam meminta kerajaan mempertimbangkan semula pelaksanaan hukuman mati dan berusaha ke arah sistem keadilan lebih saksama dan berperikemanusiaan untuk semua.
0 Comments