Buruh dapat 'rezeki terpijak' apabila terjumpa berlian

Buruh dapat 'rezeki terpijak' apabila terjumpa berlian


New Delhi: Seorang buruh di India yang selama ini dibebani hutang mendapat 'durian runtuh' yang mengubah seluruh kehidupan dia sekeluarga selepas menemukan berlian 19.22 karat bernilai hampir AS$100,000 (kira-kira RM463,022).


The Straits Times melaporkan Raju Gond, 40, biasanya memperoleh kira-kira AS$4 (RM19) sehari dengan melakukan apa sahaja kerja untuk menyara keluarga besarnya.


Dia juga melakukan kerja di ladang atau lombong berlian di negeri asalnya, Madhya Pradesh, atau pernah menjadi sebagai pemandu traktor untuk petani yang lebih kaya.


Raju dan adiknya Rakesh juga kadangkala membayar AS$9.50 (kira-kira RM44) sehari untuk menggali batu berharga di sebidang tanah kerajaan seluas 64 meter persegi.


Hidupnya berubah pada 24 Julai lalu selepas dia meletakkan tangannya di atas batu di satu lokasi penggalian.


"Jantung saya berdegup kencang ketika membersihkan kotoran di batu itu, ia menjadi lebih bersinar dan semakin terang.


"Ia bersinar dengan hebat. Saya tahu ia adalah berlian ketika itu!" kata Raju yang gembira memberitahu CNN ketika ditemu bual di rumahnya di daerah Panna.


Selepas menunjukkan berlian itu kepada keluarga, Raju dan Rakesh kemudian pergi ke Pejabat Panna Diamond tempatan bersama ibu mereka untuk menilai batu itu.


Pemeriksa berlian, Anupam Singh, yang menimbang berlian itu kemudian menjelaskan ia adalah berlian putih 19.22 karat bernilai kira-kira AS$95,500 (kira-kira RM442,270).


Anupam berkata, Panna terkenal dengan rizab yang kaya dengan berlian.


Beliau berkata, kerajaan memajakkan lombong cetek kepada keluarga yang ingin mencari batu permata, di bawah pengawasan pegawai tempatan.


Kerajaan mengambil 11.5 peratus royalti untuk sebarang penemuan, ditambah cukai kecil sebelum memberikan baki jumlah nilai kepada orang yang menemukan mineral berharga itu.


Kredit: Harian Metro

Post a Comment

0 Comments