Dr Say mengamuk, maid buat projek dengan bangla dalam rumah sambil menjaga anaknya


Doktor selebriti iaitu Dr Say berkongsi detik cemas apabila dua orang lelaki yang tidak dikenali telah masuk ke rumahnya secara senyap dengan dibantu oleh pembantu rumahnya. 


Pada 29 Julai di mana Dr Say telah melihat kelibat dua orang lelaki telah berdiri di luar rumahnya diseberang jalan. Kejadian tersebut berlaku selepas isterinya pergi bekerja pada pukul 9.40, ada individu memberitahu kelibat dua orang lelaki telah masuk ke rumahnya. Disebabkan lelaki tersebut tidak dikenalinya maka dia mengabaikan pesanan tersebut. 


Namun, beliau teringat semula kelibat dua orang lelaki yang berdiri di tepi jalan sebelum ini dan bertanya kepada pembantu rumahnya sama ada lelaki tersebut telah masuk ke dalam rumah. Jawapan mereka telah mengejutkannya. 


Mereka menjawab sudah pulang, Tuan.


Dr Say tidak hanya berdiam diri dan segera memeriksa CCTV. Dalam CCTV tersebut terlihat kelibat dua orang lelaki telah masuk ke rumahnya pada pukul 8.40 sementara dia dan anak-anaknya berada di rumah. 



Lebih mencemaskan anaknya yang ketiga yang masih kecil berada bersama pembantu rumahnya. Risau keselamatan anaknya terancam, beliau segera menelefon polis dan memecah masuk bilik pembantu rumah itu. 


Alangkah terkejut Dr Saya melihat dua orang lelaki tersebut berada di dalam selimut bersama dengan dua orang pembantu rumahnya  sedang bersetubuh. Manakala anaknya pula diletakkan  ditengah-tengah di antara katil mereka. 


Menurutnya, polis tidak boleh mengambil tindakan kepada dua orang lelaki tersebut kerana di bawa masuk ke rumah dengan izin pembantu rumahnya. Polis menasihati Dr Say untuk menyelesaikan masalah tersebut dengan pembantu rumahnya secara peribadi. 


Kedua pembantu rumah tersebut telah diberhentikan kerja dan pulang  ke Indonesia dan Filipina dengan dibawa agensi masing-masing. Dr Say berasa kecewa dengan sikap pembantu rumah yang mengambil kesempatan terhadap kebaikan mereka. Diharap kperkara ini  memberi pengajaran kepada semua supaya tidak terlalu mempercayai pembantu rumah warga asing. 


VIDEO: 


Kredit: Dr Say

Post a Comment

0 Comments