Adira teruja
ceburi dunia lakonan.
Setelah sekian lama tidak berlakon, penyanyi Adira
Suhaimi kembali melebarkan sayapnya dalam bidang itu menerusi karya terbaharu
arahan Erma Fatima.
Adira atau Siti Adira Suhaimi, 32,
berkata, dia tidak akan mensia-siakan peluang yang diberikan Erma walaupun
tidak mempunyai pengalaman luas dalam bidang tersebut.
"Dulu saya pernah berlakon
sebelum kahwin tapi kali ini selepas saya ‘bujang’ semula.
Adira bergandingan bersama pelakon-pelakon hebat.
"Saya pun nak cuba bidang
baru memandangkan anak-anak sudah besar jadi boleh saya kerja lebih sikit.
"Tetapi menyanyi tetap menjadi keutamaan buat saya," katanya.
Berpeluang berkerja dengan barisan
pelakon hebat, Adira memberitahu dia banyak bertanya bagi menimba ilmu baharu.
Apatah lagi kata Adira, drama
lakonannya itu turut dibintangi pelakon berpengalaman seperti Adi Putra, Nabila
Huda, Fathia Latiff dan Elly Mazlein.
"Saya memang tak buang masa dan minta mereka yang lebih berpengalaman ajar saya.
"Setiap hari saya akan
bertanya mereka walaupun sudah faham karakter tapi saya masih perlukan idea dan
pandangan orang lain," katanya.
Bercakap mengenai cabaran ketika
penggambaran, Adira memberitahu ‘membuang’ loghat Sabah dalam melontarkan
dialog perkara paling sukar dilakukan.
Adira mahu cari pelbagai ilmu dalam lakonan. |
Pun begitu, Adira berasa selesa
disebabkan drama bersiri 10 episod itu berbentuk komedi santai.
"Saya sudah bersedia dengan
pelbagai kritikan netizen tidak kiralah positif ke negatif saya terima,"
kongsinya.
Untuk rekod, Adira sebelum ini
pernah membintangi dua drama iaitu Tiara dan Tanah Kubur Musim ke 4 sekitar
2012.
0 Comments