Empat tahun jadi tempat lempias nafsu bapa sehingga lahirkan anak


Tampin: Malang bagi seorang gadis berusia 24 tahun apabila menjadi mangsa nafsu serakah bapanya sendiri sejak 2019 sehingga melahirkan anak di Gemenceh, di sini.


Ketua Polis Daerah Tampin Superintendan Amiruddien Sariman berkata, susulan laporan yang dibuat ibu saudara mangsa, polis menahan suspek kira-kira 10 malam semalam di rumah mereka di Gemencheh.


"Kira-kira jam 9.30 malam tadi (semalam), polis menerima satu laporan mengenai satu kes rogol yang dilakukan bapa kandung terhadap anak perempuannya secara paksa sehingga melahirkan seorang anak.


"Siasatan awal mendapati kejadian rogol itu berlaku sejak mangsa berusia 20 tahun tahun sehingga Julai lalu. Anak dilahirkan mangsa kini berusia empat tahun," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.


Beliau berkata, hasil siasatan juga mendapati mangsa yang tidak bekerja dipercayai tidak mahu membuat laporan kerana takut terjadi apa-apa terhadap dirinya.


Kredit: Harian Metro

Post a Comment

0 Comments