Guru pusat jagaan ditahan tendang, pukul kanak-kanak autisme




PETALING JAYA: Polis menahan guru sebuah pusat jagaan kanak-kanak kerana menendang dan memukul kanak-kanak autisme berusia 6 tahun.


Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja'afar@Ismail berkata, pihaknya menerima laporan yang dibuat bapa kanak-kanak lelaki berkenaan semalam.


Menurutnya, siasatan awal mendapati kanak-kanak terbabit ditendang dipukul dan ditarik secara kasar sehingga tarjatuh dari kerusi.


"Terdapat juga kesan gigitan di tangan kanak-kanak berkenaan. Susulan dari laporan yang diterima, polis melakukan tangkapan terhadap lelaki tempatan berusia 32 tahun di kediamannya di Ampang.


"Lelaki terbabit adalah guru di sebuah pusat jagaan kanak-kanak berkenaan. Siasatan masih diteruskan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian,"katanya dalam kenyataan, hari ini.


Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 kerana disyaki melakukan pengabaian terhadap kanak-kanak.


"Orang ramai yang mempunyai sebrang maklumat berkaitan kes ini boleh tampil ke mana-mana balaik polis untuk membantu siasatan,"katanya.


Kredit: Berita Harian

Post a Comment

0 Comments