Ismanira memohon mahkamah untuk menukar nama ayah Zayn Rayyan


Menerusi peguam Ismanira dan Mohd Zaim Ikhwan iaitu Tuan Fahmi Moin mengesahkan ibu Zayn Rayyan memohon mahkamah untuk menukar nama bapa Zayn Rayyan di dalam sebutan kes.


Sebelum ini, nama penuh Zayn Rayyan disebut Zayn Rayyan bin Abdul Mateen. Namun, surat lahir baru milik Zayn Rayyan yang telah dikeluarkan Jabatan Pendaftaran Negara pada Julai ini  dan telah ditukar kepada Zayn Rayyan bin Mohd Zaim Ikhwan. 


Namun peguam tidak mengulas lanjut mengapa nama Zayn Rayyan tidak di'bin'kan dengan bapa kandungnya sebelum ini.



Terdahulu, pada 7 Disember lalu, Zayn Rayyan ditemui meninggal dunia di anak sungai berhampiran kawasan Apartmen Idaman, Damansara Damai pada jam 10 malam.

Kredit: UtusanTv





Post a Comment

0 Comments